Saturday, October 16, 2010

Berzikirlah 24 JAm

Allah berfirman dalam al-Quran:

Bermaksud: Wahai orang yang beriman, ingatlah Allah (berzikirlah kepada Allah) dgn ingatan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah (sucikanlah) Dia pada waktu pagi dan petang. (Surah al-Ahzab 33: 41-42)

Sesungguhnya kita dituntut untuk mengingati Allah 24jam. Mampukah kita berbuat bergitu? Orang akan bertanya " Kalau kita dikehendaki untuk berzikir 24 Jam, mana ada masa untuk berkerja, tidur dan melakukan aktiviti lain?"

Sesungguhnya zikir itu dilaksanakan dalam 3 bentuk:

1. Zikir Qauli iaitu zikir khusus iaitu berkaitan sebutan.

Inilah zikir yang sering difahami orang iaitu mulut menyebut "Subhanalla" (bertasbih), "alhamdulillah" (tahmid), "Allahuakbar" (bertakbir), "lailahaillallah" (bertahlil), astaghfirullah(bertaubat) berdoa sebelum memulakan sesuatu, membaca al-Quran dan sebagainya.

2. Zikir Qalbi iaitu zikir dalam hati

Sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan sama ada ketika berkerja, memandu kenderaan, melihat kejadian Tuhan, lebih-lebih lagi ketika beribadah ataupun Solat.

3. Zikir Fikli iaitu zikir perbuatan

Perbuatan seperti bibir terkumat kamit, jari mengira buah tasbih, kepala mengangguk, anggota tubuh badan menunjukkan perbuatan yang baik seperti kaki berjalan ke masjid, tangan bersedekah atau menolong orang susah dan sebagainya..

Dengan huraian diatas jelaslah seluruh 24jam dalam kehidupan kita seharian, kita sentiasa berada dalam keadaan berzikir kepada Allah SWT. SubhanaAllahh.. Indahnya peraturan, kitaran dan perlaksanaan Allah SWT.

Friday, October 8, 2010

SELAWAT TAFRIHIYYAH




Selawat Tafrihiyyah ini disebutkan oleh Muhammad Haqqi Afandi An-Nazili di dalam kitabnya yang berjudul Khaziinatul Asraar, H.Muhamad Ivan (2007).

dan telah dinukil dari Imam Al-Qurtubi, bahawa barangsiapa yang menetapinya sebagai wirid setiap harinya sebanyak 141 kali atau lebih maka ia aka memperoleh keutamaan berikut:

1. Allah akan melenyapkan kesedihan dan kedukaannya serta menghapuskan kesulitan dan bahaya yang menimpa dirinya
2. Allah akan memudahkan segala urusannya, memberikan cahaya kepada hatinya sehingga menjadi terang hati dan meninggikan martabatnya.
3. Allah akan memperbaikkan keadaannya, meluaskan rezekinya dan membukakan baginya semua pintu kebaikan dan kebajikan secara berlimpah-limpah.
4. Suaranya didengar oleh para pemimpin (penguasa)
5. Allah mengamankannya dari bencana yang menimpa di masanya dan menyelamatkannya dari malapetaka, kelaparan dan kemiskinan.
6. Allah akan menjadikan dirinya dicintai oleh semua orang
7. Dan tidak sekali-kali ia memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah S.W.T akan memberkannya.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

AS-sanusi menambah dengan menyatakn bahwa barangsiapa yang melestarikannya setiap hari sebanyak sebelas kali, maka rezekinya amat mudah seakan-akan diturunkan dari langit dan ditumbuhkan dari bumi. SubhanAllah..

Al-Imam Ad-Dainuri mengatakan bahwa barangsiapa yang membaca Selawat ini setiap kali selesai solat fardunya sebanyak sebelas kali dan menjadikannya sebagai wiridnya, maka rezekinya tidak akan pernah putus dan dia akan meraih kedudukan yang sangat tinggi serta beroleh harta yang banyak..

Namun barang diingat bukan sekadar merintih dan menetapinya tetapi haruslah dilakukan secara berterus-terusan dengan di ikuti dengan usaha dan tawakal.. Selawat ini amat sesuai bagi sesiapa yang mendambakan sesuatu..

SSegala ilmu yang baik datangnya dari Allah S.W.T yang buruk itu adlah kekilafan diri saya sendiri. Selamat mencuba Basshyaa..!!!

Template by:
Free Blog Templates