Tuesday, March 16, 2010

"iLMu PeRlu d' aMaL"

Kenapa ana cakap ilmu perlu diamal? Dalam Islam tidak menyifatkan hanya ilmu agama yang perlu dituntut dan diamalkan. Tetapi seluruh ilmu didunia ini selagi tidak menyimpang dengan syariat agama kita maka harus lah di tuntut dan diamalkan seboleh-bolehnya kita. Ianya harus diamalkan supaya tidak menjadi sia2.
العم بلا عمل كاالشجر ة بلا ثمرة‎
"Ilmu tanpa amalan bagaikan pohon tanpa buah.”

Bergitulah perumpamaan yang digambarkan oleh para ulamak yang menyatakan bahawa sekiranya ilmu tidak diamalkan maka ianya seperti sepohon pokok yang tidak berbuah. Amal? Bagaimana untuk kita beramal dengan ilmu yang kita ada.? Ajar lah, seru lah, dan ajak lah orang2 yang berada disekeliling mu dengan ilmu yang ada pada mu. Tak guna sekiranya kita membekukan ilmu yang kita ada tanpa disebarkan kepada orang disekeliling kita. Walaupun pada sesetengah orang ilmu kita masih cetek tapi kita masih harus beramal dengan menyampaikan kepada orang lain supaya ilmu itu dapat berlegar dan membawa manfaat kepada semua orang.

Imam Ahmad mengatakan,

"Menuntut ilmu dan mengajarkannya lebih utama daripada berjihad dan amal sunnah lainnya". Karena ilmu itu adalah asas dan pokok segala urusan, bahkan dia merupakan ibadah paling agung serta kewajiban kolektif (fardhu kifayah) yang paling ditekankan. Bahkan dengan ilmulah Islam dan kaum muslimin tetap hidup.

Adapun ibadah-ibadah sunnah hanya akan memberikan manfaat bagi diri pelakunya sendiri dan tidak mengenai orang lain. Ilmu itulah warisan yang ditinggalkan para Nabi dan cahaya yang akan menerangi hati. Orang yang mewarisinya adalah golongan Allah dan pembela-Nya, mereka adalah orang yang paling utama di sisi Allah,
paling dekat dengan-Nya, paling takut kepada-Nya serta paling tinggi derajatnya"^

Maka harus diingat ada di sebutkan didalam hadis bahawa orang yang paling keras seksaannya adalah orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkannya. Maka walaupun kita hanya mengajarkan sahabat2 yang ingin bertanyakan soalan kepada kita maka ajarkan lah..Semoga InsyaAllah ilmu kita akan beroleh keberkatan.

Al-Majallah al-Ahkam al-'Adaliyyah

Al-Majallah al-Ahkam al-'Adaliyyah: "Al-Majallah al-Ahkam al-‘Adaliyyah
An ‘Uthmani Hanafi Shari’ah-Court Text,
26 Sha’baan, 1293 AH"

Friday, March 12, 2010

hUbUnGan HabluMinaNnAs

Apakah itu Hubungan HAbluminannas ?

Dalam hidup kita sebagai manusia kita hanya perlu menjaga dua hubungan di dunia ini...iantu HabluminanAllah (hubungan dengan Allah) dan Habluminannas (hubungan dengan Manusia dan antara makhluk lain.
Memang susah untuk mengaja hubungan yang kedua ini kan ? Susah untuk kita menjaga setiap hati yang dekat dengan kita.. Sebaik mana pun kita menjaga mereka namun akan tetap ada ketidak puas hatian di situ.. Lumrah manusia perkara yang terbaik ialah biar la apa orang nak buat dengan kita apa pun orang nak pikir dengan kita... KIta sebagai jiran, sahabat, saudara dan anak maka hendak lah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka.. Agar suatu hari nanti mereka akan terima kita..
Kadang kadang kita ada juga buat silap tanpa kita sedar ini semua hasutan syaitan yang ingin anak Adam bergaduh dan berpecah belah..SubhanaAllah..memang sukar untuk sentiasa mempunyai hubungan yang baik..Cukup sukar..
Namun, hubungan dengan Allah cukup mudah untuk di jaga.. Tahu kenapa..? Selangkah kita mendekatinya Pencipta kita yang satu maka seribu langkah Pencipta kita mendekati kita... Hanya jaga solat, ibadah... dan banyak kan ber zikir memuji Nya....

Thursday, March 11, 2010

sUkakah kita meNjaMah daGing SauDara SenDiri?

Hari ini ana ingin berkongsi mengenai satu tajuk yang tak asing lagi di kalangan umat Islam di Malaysia ini.. Mereka bagaikan menjadikan aktiviti mengumpat sebagai suatu aktiviti wajib di kala ada kelapangan...hmmm hairan...

Dosa mengumpat tidak syak lagi adalah sebuah dosa yang agak besar.
Ia disebutkan oleh:
-Allah SWT : ertinya : " Adakah kamu suka memakan daging mayat saudara kamu ? " ( Al-Hujurat : 12 ) .
-Rasulullah pernah menggunakan satu teknik sastera dalam mengingatkan sahabat tentang bahaya mengumpat. Di satu ketika Jabir r.a mengatakan bahawa dia bersama Nabi SAW di satu tempat dan terbau busuk di tempat itu, lalu Nabi SAW berkata " Adakah kamu tahu apakah bau ini ? , inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin" (Ahmad, dengan perawinya thiqat).

Pulang dari kelas, pada waktu petang sedih ana melihat deretan dan kelompok wanita2 leka bersembang di bawah2 pokok...membiarkan suami menjaga anak2 yang berkeliaran sedang kan para ibu sebok bersembang tanpa menhiraukan suami dan anak2. Sambil mata berkeliaran mulut terkumat kamit cuba berkata2 sesuatu....Selain itu waktu ana nakTerdetik pada hati ana adakah wanita ini tidak ada kerja lain start jam 3 petang lagi ada saja yang berkumpul di tepi longkang lah di tepi pokok lah... MasYaAllah apa la nak jadi...

NAbi sendiri mengatakan pada sahabat ana tak ingat hadis mana tetapi bergini cerita nya... Ada dua orang sahabat datang pada baginda..lalu Baginda bertanya " adakah kamu berdua sudah berbuka puasa.." jawap mereka tidak lalu baginda bertanya lagi sebanyak 3 kali mereka menjawap tidak.. lalu Baginda berkata sesungguhnya Aku melihat ada serpihan2 daging melekat pada mulut dan gigi kamu berdua...Mereka mengaku yang mereka ada berkata sesuatu tentang seseorang...

Subhanallah...mahukan kita memakan daging saudara seagama kita sendiri...????

Wednesday, March 3, 2010

Ya Allah....

Ya Allah
Ya Allah,jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang,
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku,
untuk mencintai Mu.

Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya,
agar tidak melebihi,
cintaku pada Mu.

Ya Allah,jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh,
hati seseorang yang hatinya,
tertaut padaMu,agar tidak,
terjatuh aku dalam,
jurang selain cinta Mu.

Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar,
tidak berpaling dari Mu.

Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang,
yang merindui syahid di jalan Mu.

Ya Allah,jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya,
agar tidak lalai aku,
merindukan syurga Mu.

Monday, March 1, 2010

Tabarruj con't

Nampaknya masih ramai yang masih menanyakan ana mengenai Tabarruj..Hari in ana ingin mengulas dengan lebih lanjut apa hukum dan bahayanya Tabarruj bagi seorang wanita...

Menurut Usul Fiqh yang bersandarkan Surrah dari al-Ahzab : 33 yang menunjukkan pengertian HARAM Maka dengan ini Muslimah wajib untuk menjauhi perbuatan tabarruj ini..

Jadi apakah bahaya nya Tabarruj di sisi Islam? Sesungguhnya wanita yang bertabarruj ini selalunya dikatakan sebagai mempunyai ciri kebodohan yang membawa kepada kemungkinan dosa2 ini:

1. Dosa pertama: Ana berpendapat bahawa wanita yang bertabarruj ini selalu nya tidak akan keluar kejalan Allah melainkan keluar untuk kejalan yang tidak di redai oleh Penciptanya.

2. Dosa Kedua: Sesungguhnya wanita yang bertabarruj selalunya akan menjadi sebab kelunturan aqidah orang yang memandangnya..

3. Dosa ketiga : Selalunya ketika keluar pastilah wanita2 ini akan berkumpul dan bergosip sesama sendiri....

4. Dosa keempat: wanita yang bertabarruj pasti akan mudah untuk berpacaran dan melakukan maksiat..

Ini adalah contoh2 dosa yang akan dilakukan oleh wanita2 yang bertabarruj secara tidak langsungnya... Cuba lah renungkan ini lah dosa2 yang mungkin anda akan buat sekiranya anda membiarkan diri terjebak dengan aplikasi bertabarruj...

Saudariku, jauhilah tabarruj sampai ujung usiamu! Teladanilah sunnah Ummahatul Mukminin yang senantiasa dalam rahmat Allah dalam keseharianmu terutama dalam masalah berhias! Ikutilah nasihat ini:

1.Wajib berhijab sesuai aturan Syari‘at Islam serta memakai pakaian yang longgar dan menutup seluruh tubuh dari kepala hingga kaki kecuali yang diperbolehkan nampak atasnya, yakni wajah dan kedua telapak tangan.

2.Dilarang mencukur dan menyambung rambut.

3.Memulai segala sesuatu yang baik dengan sebelah kanan.

4.Dimakruhkan bagi wanita menampakkan perhiasan yang dipakainya.

5.Dilarang memakai wewangian yang tercium aromanya oleh orang lain.

6.Dilarang berpakaian tipis.

Terakhir sekali ingin ana menyeru sekali lagi wahai saudari Muslimah sekalian tolong lah jaga peribadimu..jaga tingkahlaku mu dan jaga lah maruah mu..Supaya kamu tergolong di dalam Muslimah yang di rahmati oleh Penciptamu....

Segala yang baik dari Allah SWT dan segala kekurangan dari diri ana sendiri Maaf sekiranya menyinggung perasaan sesiapa...

Template by:
Free Blog Templates