Kenapa ana cakap ilmu perlu diamal? Dalam Islam tidak menyifatkan hanya ilmu agama yang perlu dituntut dan diamalkan. Tetapi seluruh ilmu didunia ini selagi tidak menyimpang dengan syariat agama kita maka harus lah di tuntut dan diamalkan seboleh-bolehnya kita. Ianya harus diamalkan supaya tidak menjadi sia2.
العم بلا عمل كاالشجر ة بلا ثمرة
"Ilmu tanpa amalan bagaikan pohon tanpa buah.”
Bergitulah perumpamaan yang digambarkan oleh para ulamak yang menyatakan bahawa sekiranya ilmu tidak diamalkan maka ianya seperti sepohon pokok yang tidak berbuah. Amal? Bagaimana untuk kita beramal dengan ilmu yang kita ada.? Ajar lah, seru lah, dan ajak lah orang2 yang berada disekeliling mu dengan ilmu yang ada pada mu. Tak guna sekiranya kita membekukan ilmu yang kita ada tanpa disebarkan kepada orang disekeliling kita. Walaupun pada sesetengah orang ilmu kita masih cetek tapi kita masih harus beramal dengan menyampaikan kepada orang lain supaya ilmu itu dapat berlegar dan membawa manfaat kepada semua orang.
Imam Ahmad mengatakan,
"Menuntut ilmu dan mengajarkannya lebih utama daripada berjihad dan amal sunnah lainnya". Karena ilmu itu adalah asas dan pokok segala urusan, bahkan dia merupakan ibadah paling agung serta kewajiban kolektif (fardhu kifayah) yang paling ditekankan. Bahkan dengan ilmulah Islam dan kaum muslimin tetap hidup.
Adapun ibadah-ibadah sunnah hanya akan memberikan manfaat bagi diri pelakunya sendiri dan tidak mengenai orang lain. Ilmu itulah warisan yang ditinggalkan para Nabi dan cahaya yang akan menerangi hati. Orang yang mewarisinya adalah golongan Allah dan pembela-Nya, mereka adalah orang yang paling utama di sisi Allah,
paling dekat dengan-Nya, paling takut kepada-Nya serta paling tinggi derajatnya"^
Maka harus diingat ada di sebutkan didalam hadis bahawa orang yang paling keras seksaannya adalah orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkannya. Maka walaupun kita hanya mengajarkan sahabat2 yang ingin bertanyakan soalan kepada kita maka ajarkan lah..Semoga InsyaAllah ilmu kita akan beroleh keberkatan.
Tuesday, March 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment