Saturday, May 15, 2010

Anak Permata Hati~Anak itu Anugerah Illahi

Subhanallah...

Ana mungkin tidak layak memperdebatkan bicara mengenai anak kerana ana sendiri belum lagi berkahwin namun ana juga seorang anak. Ana tertarik dengan topik "Tanya Lah Ustaz" di TV 9 dalam minggu ini yang membicarakan anak itu anugerah Illahi. Walaupun kita sebagai belia masa kini yang masih belum mendirikan rumah tangga namun menjadi tanggung jawap kita untuk mempersiapkan diri untuk masa hadapan ajar generasi yang lahir dari kita dapat memperkukuhkan lagi institusi Islam di negara kita.



Namun negara kita sekarang dihujani dengan berita pembuangan bayi-bayi yang tidak berdosa ini oleh manusia2 yang bertopengkan binatang. Sedih setiap hari bila dibaca di dada2 akhbar mengenai kes2 bayi dibuang lalu menjadi makan binatang2. Apa sudah jadi dengan belia di negara kita. Amat menyedihkan apabila ini berlaku di kalangan masyarakat Islam sendiri sudah kabur kah mengenai hukum hakam Islam... Anak itu hadiah dari Allah kepada kita, kenapa dibuang2 tanpa ada rasa belas dan ehsan.. MasyaAllah..!!!!



Anak itu anugerah Illahi bentuk lah ia mengenal Allah, corak lah ia dengan ajaran Islam, dan bimbing lah ia kejalan yang diredai Allah S.W.T. Setiap anak itu ada kelebihan dan kekurangannya maka sebagai orang yang lebih dewasa maka kita lah yang bertanggungjawap bagi membimbingnya kejalan yang benar.

Bagi melahirkan generasi terunggul, bagi membina tamadun yang unggul dan bagi membentuk dunia yangs sejahtera maka belia2 hendaklah beringat dari sekarang jangan kesilapan kita, kita ulang pada anak2 kita dan jangan kita ajar kesilapan kita.. Bangunlah dan mulakan muhasabah diri. Mana kan kueh menjadi bentuk yang lain dari acuannya. Cari diri, Ubah diri dan kekalkan diri kita sebagai Umat yang Terunggul.

Tips Lahirkan Anak Soleh:

1.Kriteria Pasangan

Semuanya bermula dari proses pemilihan pasangan hidup itu sendiri. Bermula dari saat itu kita kena tanam dalam minda untuk sebolehnya mencari pasangan yang boleh bersama2 meniti hidup dalam keredaan Illahi. Tidak di nafikan keturunan memainkan peranan penting ini disokong oleh:

Lihatlah bagaimana terbentuknya salasilah keturunan para sahabat, tabie’ tabie’in, ulama’ dan cendikiawan Islam antaranya Imam Syafie’ yang berketurunan Rasulullah SAW dan bersambung pada Abd Manaf. Ibunya pula menurut pendapat yang masyhur adalah seorang berketurunan Yaman dari suku Azd.

Imam Nawawi meriwayatkan tentang ibu Imam Syafie’, katanya: “Rasulullah SAW pernah bersabda: al-Azd ialah singa Allah di bumi ini, ramai dari manusia hendak menjatuhkan mereka, tetapi tidak diizinkan Allah SWT, bahkan Allah SWT meninggikan mereka, dan sesungguhnya pada suatu masa manusia akan berkata: Alangkah bertuahnya jika aku seorang Azdi dan alangkah bertuah juga jika ibuku seorang Azdiyyah.”

Namun baik buruk manusia itu bukanlah sekadar dari keturunannya namun Iman itu adalah kayu ukur utama dalam membentuk insan yang terunggul. Bukan sekadar ucapan I LOVE, U LOVE ME tetapi harus di ingat semua ini bagi melahirkan generasi yang hebat.

2. Menerapkan Sunnah dalam perhubungan Kelamin Jima" Suami isteri

“Apabila kamu berjima’ hendaklah ingat kepada Allah SWT, nak dapatkan anak soleh dan solehah ianya sebelum terjadinya janin.” Kata Syeikh Dr. Abdullah Syazili ketika menyampaikan kuliah tafsir mingguannya di Masjid Uthaifah, Medan Sa’ah.
“Baca Auzubillahhiminas syaitannirajjim.” Sambung Syeikh lagi.

Kenapa perlu membaca Bismillah? Tanpa mukaddimah, tanpa doa, tanpa segala tertib. Akhirnya, lahir manusia bengis, tak berakhlak, degil dan pelbagai sifat negatif lain bersamanya. Kita ni bukan haiwan para pembaca yang amat ana hormati, tapi kita manusia kita punya akal dan kita punya adap yang perlu diikuti.

Daripada Abi Dzar r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Dan pada kemaluan seseorang kamu (bersetubuh dengan isteri yang sah) adalah sedekah.”

Maka kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah salah seorang kami bersetubuh, adakah ia mendapat pahala padanya?”

Baginda bersabda: “Apakah pendapat kamu sekiranya seseorang itu bersetubuh dengan cara yang haram, adakah ia mendapat dosa? Demikian jugalah sekiranya seseorang itu meletakkannya pada perkara yang halal, adalah dia memperolehi pahala.” (Riwayat Muslim)

Daripada Ibnu Abas r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya salah seorang daripada kamu ingin bersetubuh dengan isterinya, maka bacalah (doa ini):

بسم الله اللهم جنبا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

(Wahai Tuhan kami, jauhilah kami daripada syaitan dan jauhilah syaitan daripada apa yang kamu rezekikan kepada kami (anak yang bakal lahir), sekiranya ditakdirkan kepada mereka seorang anak daripada persetubuhan tersebut, syaitan tidak dapat memudharatkannya buat selama-lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Mendidik anak itu dari JANIN

Sesungguhnya mendidik anak2 bukan lah setelah ia mula keluar dari perut ibu itu tetapi ketika ianya masih llagi dari janin iaitu dari dalam rahim ibu itu lagi. Di Eropah masyarakat Yahudi telah mengamalkan sistem dimana ibu2 yang mengandung dihantar bagi mengikuti kelas2 math dan sains. Amat menarik di sini apabila Yahudi sendiri memperlihatkan bahawa anak2 perlu dididik dri janin lagi.

Namun Masyarakat kita sekarang lebih cenderung untuk memperdengarkan lagu2 konon nya minda anak2 akan bergerak aktif dalam kandungannya. Apa salah nya jika kit aperdengarkan alunan bacaan Ummul Kitab yakni al-Quran kepada anak2 didalam kandungan. Lebih luas Ilmu didalam kandungan isi al-Quran yang boleh dicerna oleh minda anak kita didalam perut ibu itu sendiri.

Peranan ibu2 mengandung ini penting banyak2kan solat2 sunat, banyakkan membaca al-Quran dan banyakkan berzikir agar kandungan menjadi tenang lahir lah zuriat yang mempunyai jati diri Islam yang Unggul. Banyakkan membaca surah seperti surah Mariam, Surah Yusuf dan Surah Luqman...

Doa ini adalah doa yang diamalkan oleh Nabi Allah Zakaria a.s.

Oleh kerana, Nabi Zakaria a.s tidak dikurniakan anak selama berpuluh-puluh tahun. Maka Nabi Zakaria a.s. telah merayu dan berdoa pada ALLAH SWT sepeti ayat dibawah ini. Dengan berkat rintihan doa Nabi Zakaria a.s tersebut, maka ALLAH SWT telah kurniakan isteri baginda mengandung dan mendapat cahaya mata mereka.




Maksudnya :
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.”

((Rujuk Surah al-Anbiya’ ayat 89))

Thursday, May 13, 2010

Langkah Pertama Untuk Mengenali Dunia "Perbankan Islam"

Tajuk ini adalah kesinambungan dari tajuk yang lepas setelah ana menghuraikan mengenai apakah sebenarnya Perbankan Islam. Jadi, setelah kita mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Perbankan Islam kita harus lah menggorak langkah dengan meneliti apa yang perlu dilakukan.

Kejahilan Ummah sendiri

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

Jelas lah dengan hanya mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul. JAdi disini ana ingin menasihatkan jangan lah kita sebagai Ummat Islam tidak mengendahkan kewujudan Perbankan Islam. Kalau kita lihat fokus utama kewujudan Perbankan Islam ini hanya lah untuk Ummat Islam namun menurut statistik semasa melalui researched2 yang dijalankan pelanggan dari bukan Islam menjangkaui pelanggan yang beragama Islam. Amat menyedihkan hati dan sanubari jika perkara ini berterusan.

Salah satu sebab adalah kerana Kejahilan pemikiran umat Islam sendiri. Kurangnya rasa sensitif dan sifat ingin tahu mengenai isu Perbankan Islam.. Yang menebal dihati mereka adalah keuntungan dan low interest yang ditawarkan oleh Perbankan Konvensional.

Kekurangan Ilmu, Bahan Rujukan dan Orang untuk Dirujuk.

Tidak dinafikan kekurangan bahan-bahan rujukan dan juga ulama' untuk dijadikan rujukan oleh umat Islam. Namun bukan lah menjadi masalah sekiranya kita sendiri mengorak langkah untuk mencari sendiri sumber2 itu dan sekiranya ada keraguan boleh lah bertanyakan kepada yang pakar. Pada zaman komunikasi tanpa batasan ini maklumat hanya dihujung jari.

Memang banyak buku mengenai Perbankan Islam ana sendiri mengakuinya namun ianya banyak diterbitkan didalam bahasa Arab dan Inggeris. BAgi yang tinggi ilmu nya mungkin tiada masalah namun sekarang InsyaAllah lah mungkin pada masa akan datang makin banyak buku2 mengenai Perbankan Islam akan diterbitkan. Banyak buku2 hanya boleh difahami oleh orang2 Ilmiah dan golongan yang terlibat dengan sistem bank itu sendiri. Ana amat berharap akan ada ilmuan Islam yang pakar didalam Perbankan Islam akan menerbitkan buku2 yang lebih mudah untuk difahami oleh ummat Islam.

Langkah Pertama untuk mengenali Dunia Perbankan Islam

1. Muhasabah diri
Istikhamah diri untuk lebih mengenali Dunia Perbankan Islam. Muhasabah apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu diubah dalam pemikiran kita.

2. Banyakkan Membaca dan Menambahkan Ilmu
Langkah permulaan baca lah blog2, article2, dan jurnal2 Perbankan Islam. Belilah buku yang menceritakan perihal Perbankan Islam dan Khususnya Riba itu sendiri

3. Banyakkan mendengar ceramah2
Pupuk kan minat untuk mendengar ceramah2 bagi menambah ilmu mengenai Perbankan Islam.

4. Mulakan penggunakan produk2 Perbankan Islam
Paling mudah dan senang untuk dimulakan buka lah account deposit Al-Wadiah dengan Bank2 Islam.. Amat mudah untuk kita mendekati dunia Perbankan Islam. Setelah itu kita boleh menggorak langkah untuk memilih pembiayaan secara Islam untuk membiayai pembelian Kereta dan Rumah impian kita, moga2 impian kita lebih berkat dan mengikut kehendak Syarak.

5. Amal
Ingat lah semua setiap ilmu dan perubahan didalam diri hendak lah disertakan dengan amal moga setiap pohon yang rendang ada buahnya. Setiap ilmu dan perubahan akan kekal sekiranya kita beramal dengannya. Bagaimana untuk beramal? Mudah.. SAMPAIKAN.. itu sahaja MasyaAllah....

Jazakallah...

Apakah sebenarnya Perbankan Islam..?

Alhamdulillah..Malaysia telah berjaya dalam melaksanakan sistem perbankan Islam sendiri walaupun bukan lah 100% wajib perlaksanaannya sekurang-kurangnya umat Islam dapat menarik lafaz lega kerana boleh melakukan transaksi perbankan secara Islam. Semuanya lahir dari keperihatinan masyarakt Islam yang telah dilahirkan pendapatnya melalui permintaan secara rasmi untuk menubuhkan Sebuah Bank Islam di Malaysia iaitu di Bumiputra Economic Congress 1980.

Semenjak dari titik permulaan pada tahun 1980 itu lah tertubuhnya sebuah perbankan Islam iaitu BIMB @ Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1983. Pada tahun yang sama juga lah Islamic Banking Act telah ditubuhkan bagi memantau dan menyelaras proses dan perjhidmatan Bank Bank Islam di Malaysia.

Penerimaan rakyat kian meningkat bukan sahaja penerimaan masyarakat Islam malah ada juga masyarakat bukan Islam yang mula percaya untuk menggunakan product perbankan Islam ini. Namun masih ada yang masih memejamkan mata, membutakan hati, dan memekakkan telinga mengenai kewujudan perbankan Islam di negara kita ini.

Apa Bezanya Perbankan Konvensional dan perbankan Islam:

Undang2 yg digunakan:

Konvensional:
Operasi dan fungsinya adalah berdasarkan prinsip dan perundangan yang dibuat oleh akal manusia. Pastilah ada kepincangan sekiranya ianya didalangi manusia

Perbankan Islam:
Operasi dan fungsinya adalah bersandarkan kehendak AL-Quran dan Sunnah

Keuntungan:

Konvensional:
Menyasarkan keuntungan sebagai satu element utama didalam perlaksanaan business nya tanpa had batasan agama dan moral

Perbankan Islam:
Mensasarkan keuntungan yang berlandaskan disiplin Islam yang terhad kepada sesuatu yang mendatangkan faedah kepada umat sejagat

Zakat:

Konvensional:
Tidak mengambil kira mengenai persoalan zakat dan sebagainya

Perbankan Islam:
Wajib terlibat didalam pembayaran zakat ( merupakan tanggungjawap social untuk masyarakat sejagat)

Riba @ Interest:

Konvensional:
Terlibat secara meluas dalam pengunaan Interest didalam process perbankannya setiap hari.

Perbankan Islam:
Tidak terlibat dengan sebarang unsur riba.

Masih banyak perbezaan antara perbankan Konvensional dan perbankan Islam yang ana ingin kupaskan namun InsyaAllah jika ada kelapangan. Sebagai umat Islam wajib bagi kita memgunakan sistem perbankan Islam ini kerana jika terdapat walaupun satu sahaja bank Islam maka sudah jatuh hukum disitu bagi kita mengunakan perkhidmatannya. Sekiranya tiada barulah kita boleh mengunakan sistem perbankan Konvensional.

Berbagai tomahan, salah faham dan fitnah ynag dilemparkan kepada perbankan Islam hari demi hari paling menyedihkan tomahan itu do lemparkan oleh umat Islam sendiri yang menuduh sistem Perbankan Islam itu sama sahaja dengan sistem konvensional, sistem perbankan Islam kejam, dan berbagai2 lagi tomahan yang diberi.

Namun harus lah diingat kita tidak boleh membanding2kan sistem perbankan konvensional dan Islam kerana jelas lah sistem dan konsep yang digunakan adalah berbeza.. Jadi harus dikaji dan dihalusi sebelum berkata dengan lebih lanjut. Supaya kita tidak telempar kata2 fitnah kepada sistem yang dianjurkan oleh Islam.

Masih banyak isu2 yang menarik untuk kita kupaskan InsyaAllah dilain hari.. JazakaAllah...

Friday, May 7, 2010

PeRJUanganKu MasIH BeLUm BerakHIR

Sedih mengenangkan ana akan menamatkan pengajian ana tidak lama lagi.. Rasa berdebar ingin menjejakkan kaki kedunia sebenar...Mampukah ana unTuk berhadapan dengan situasi dunia yg sebenarnya. Mampukah ana menyampaikan apa yg ana pelajari masa dunia pembelajaran... urrrfhh...!!! Sukar rasanya rasa terbeban... Dunia luar dr kampus... Hurm mcm mana lah agaknya.. Niat dihati ingin untuk menyambung lagi pembelajaran rasa masih cetek ilmu di minda... Namun faktor kewangan memaksa untuk ana berhenti setakat ini dahulu... Namun ilmu itu luas ada dimana-mana sahaja.. perjuangan ana masih belum berakhir tetapi sebaliknya baru sahaja melebarkan sayapnya...untuk berkhidmat untuk masyarakat Islam semestunya....

Sunday, May 2, 2010

KisAh PEmuda yang berIman ~ Ashabul Kahfi ~ Bukti kETINGGiAn imAn




إِذْ أَوَى الفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَ

"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo'a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)" (QS al-Kahfi:10)

Dalam surat al-Kahfi, Allah SWT menceritakan tiga kisah masa lalu, iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah pertemuan nabi Musa as dan nabi Khidzir. Kisah Ashabul Kahfi mendapat perhatian lebih dengan digunakan sebagai nama surah dimana terdapat tiga kisah tersebut. Allah semestinya ingin menceritakan kepada kita mengenai kisah kehebatan pemuda pemuda ini untuk kita ambil sebagai teladan.

Ashabul Kahfi adalah gelaran yang diberikan kepada pemuda-pemuda yang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang dzalim.

Ketika raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan raja yang kejam itu. Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, lalu mereka dikejar untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari pasukan raja, sampailah mereka di mulut sebuah gua lalu dijadikan tempat persembunyian.

Dengan izin Allah mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT (Ibnu Katsir; Tafsir al-Quran al-'Adzim; jilid:3 ; hal.67-71).

Kisah nya seperti ini:

Pada suatu hari perayaan ulang-tahun, raja sedang duduk di atas singgasana mengenakan mahkota di atas kepala, tiba-tiba masuklah seorang hulubalang memberi tahu, bahawa ada balatentara asing masuk menyerbu ke dalam wilayah kerajaannya, dengan maksud hendak melancarkan peperangan terhadap raja. Setelah raja itu tahu sedih dan, sampai tanpa disedari mahkota yang sedang dipakainya jatuh dari kepala.

Kemudian raja itu sendiri jatuh dari atas singgasana. Salah seorang pembantu yang berdiri di sebelah kanan --seorang cerdas yang bernama Tamlikha (salah seorang dari Ashabul KAhfi )-- memperhatikan keadaan sang raja dengan sepenuh fikiran. Ia berfikir, lalu berkata di dalam hati: "Kalau Diqyanius itu benar-benar tuhan sebagaimana menurut pengakuannya, tentu ia tidak akan sedih, tidak tidur, tidak buang air kecil atau pun air besar. Itu semua bukanlah sifat-sifat Tuhan."

Enam orang pembantu raja itu tiap hari selalu mengadakan pertemuan di tempat salah seorang dari mereka secara bergiliran. Pada satu hari tibalah giliran Tamlikha menerima kunjungan lima orang temannya. Mereka berkumpul di rumah Tamlikha untuk makan dan minum, tetapi Tamlikha sendiri tidak ikut makan dan minum. Teman-temannya bertanya: "Hai Tamlikha, mengapa engkau tidak mau makan dan tidak mau minum?"

"Teman-teman," sahut Tamlikha, "hatiku sedang dirisaukan oleh sesuatu yang membuatku tidak ingin makan dan tidak ingin minum, juga tidak ingin tidur."

Teman-temannya mengejar: "Apakah yang merisaukan hatimu, hai Tamlikha?"

"Sudah lama aku memikirkan soal langit," ujar Tamlikha menjelaskan. "Aku lalu bertanya pada diriku sendiri: 'siapakah yang mengangkatnya ke atas sebagai atap yang sentiasa aman dan terpelihara, tanpa gantungan dari atas dan tanpa tiang yang menopangnya dari bawah? Siapakah yang menjalankan matahari dan bulan di langit itu? Siapakah yang menghias langit itu dengan bintang-bintang bertaburan?' Kemudian ku pikirkan juga bumi ini: 'Siapakah yang membentang dan menghamparkan-nya di cakrawala? Siapakah yang menahannya dengan gunung-gunung raksasa agar tidak goyah, tidak goncang dan tidak runtuh?' Aku juga lama sekali memikirkan: 'Siapakah yang mengeluarkan aku sebagai bayi dari perut ibuku? Siapakah yang memelihara hidupku dan memberi makan kepadaku? Semuanya itu pasti ada yang membuat, dan sudah tentu bukan Diqyanius'…"

Teman-teman Tamlikha lalu melutut di hadapannya. Dua kaki Tamlikha diciumi sambil berkata: "Hai Tamlikha dalam hati kami sekarang terasa sesuatu seperti yang ada di dalam hatimu. Oleh karena itu, baiklah engkau tunjukkan jalan keluar bagi kita semua!"

"Saudara-saudara," jawab Tamlikha, "baik aku maupun kalian tidak menemukan akal selain harus lari meninggalkan raja yang dzalim itu, pergi kepada Raja pencipta langit dan bumi!"

Setelah bersetuju mereka pun memulakan perjalanan.Setelah berjalan 3 mil jauhnya dari kota, Tamlikha berkata kepada teman-temannya: "Saudara-saudara, kita sekarang sudah terlepas dari raja dunia dan dari kekuasaannya. Sekarang turunlah kalian dari kuda dan marilah kita berjalan kaki. Mudah-mudahan Allah akan memudahkan urusan kita serta memberikan jalan keluar."

Mereka turun dari kudanya masing-masing. Lalu berjalan kaki sejauh 7 farsakh, sampai kaki mereka bengkak berdarah karena tidak biasa berjalan kaki sejauh itu.

Tiba-tiba datanglah seorang penggembala menyambut mereka. Kepada penggembala itu mereka bertanya: "Hai penggembala, apakah engkau mempunyai air minum atau susu?"
Lalu pengembala mengatakan yang beliau mempunyai semua yang diingikan oleh pemuda pemuda tersebut. Tetapi dengan syarat diceritakan mengapa mereka melarikan diri. Setelah diceritakan melututlah pula pengembalan itu dan sambil menciumi kaki mereka, ia berkata: "Dalam hatiku sekarang terasa sesuatu seperti yang ada dalam hati kalian. Kalian berhenti sajalah dahulu di sini. Aku hendak mengembalikan kambing-kambing itu kepada pemiliknya. Nanti aku akan segera kembali lagi kepada kalian."

Tamlikha bersama teman-temannya berhenti. Penggembala itu segera pergi untuk mengembalikan kambing-kambing gembalaannya. Tak lama kemudian ia datang lagi berjalan kaki, diikuti oleh seekor anjing miliknya."

Ini lah anjing yang dikatakan bersama sama Ashabul Kahfi iaitu bahwa anjing itu berwarna kehitam-hitaman dan bernama Qithmir. Ketika enam orang pelarian itu melihat seekor anjing, masing-masing saling berkata kepada temannya: kita khawatir kalau-kalau anjing itu nantinya akan membongkar rahasia kita! Mereka minta kepada penggembala supaya anjing itu dihalau saja dengan batu.

Anjing itu melihat kepada Tamlikha dan teman-temannya, lalu duduk di atas dua kaki belakang, menggeliat, dan mengucapkan kata-kata dengan lancar dan jelas sekali: "Hai orang-orang, mengapa kalian hendak mengusirku, padahal aku ini bersaksi tiada tuhan selain Allah, tak ada sekutu apa pun bagi-Nya. Biarlah aku menjaga kalian dari musuh, dan dengan berbuat demikian aku mendekatkan diriku kepada Allah s.w.t."

Anjing itu akhirnya dibiarkan saja. Mereka lalu pergi. Penggembala tadi mengajak mereka naik ke sebuah bukit. Lalu bersama mereka mendekati sebuah gua." "Gunung itu bernama Naglus dan nama gua itu ialah Washid, atau di sebut juga dengan nama Kheram!"

Secara tiba-tiba di depan gua itu tumbuh pepohonan berbuah dan memancutkan mata-air deras sekali. Mereka makan buah-buahan dan minum air yang tersedia di tempat itu. Setelah tiba waktu malam, mereka masuk berlindung di dalam gua. Sedang anjing yang sejak tadi mengikuti mereka, berjaga-jaga sambil menjulurkan dua kaki depan untuk menghalang-halangi pintu gua.

Kemudian Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat maut supaya mencabut nyawa mereka. Kepada mereka Allah s.w.t. mewakilkan dua Malaikat untuk membalik-balik tubuh mereka dari kanan ke kiri. Allah lalu memerintahkan matahari supaya pada saat terbit condong memancarkan sinarnya ke dalam gua dari arah kanan, dan pada saat hampir terbenam supaya sinarnya mulai meninggalkan mereka dari arah kiri.

Suatu ketika waktu raja Diqyanius baru saja selesai berpesta ia bertanya tentang enam orang pembantunya. Ia mendapat jawaban, bahwa mereka itu melarikan diri. Raja Diqyanius sangat gusar. Bersama 80.000 pasukan berkuda berangkat menyelusuri jejak enam orang pembantu yang melarikan diri. Ia naik ke atas bukit, kemudian mendekati gua. Ia melihat enam orang pembantunya yang melarikan diri itu sedang tidur berbaring di dalam gua. Ia tidak ragu-ragu dan memastikan bahwa enam orang itu benar-benar sedang tidur.

Kepada para pengikutnya ia berkata: "Kalau aku hendak menghukum mereka, tidak akan kujatuhkan hukuman yang lebih berat dari perbuatan mereka yang telah menyiksa diri mereka sendiri di dalam gua. Panggillah tukang-tukang batu supaya mereka segera datang ke mari!"

Setelah tukang-tukang batu itu tiba, mereka diperintahkan menutup rapat pintu gua dengan batu-batu dan jish (bahan semacamacam simen). Selesai dikerjakan, raja berkata kepada para pengikutnya: "Katakanlah kepada mereka yang ada di dalam gua, kalau benar-benar mereka itu tidak berdusta supaya minta tolong kepada Tuhan mereka yang ada di langit, agar mereka dikeluarkan dari tempat itu."

Dalam gua tertutup rapat itu, mereka tinggal selama 309 tahun.

Setelah masa yang amat panjang itu lampau, Allah s.w.t. mengembalikan lagi nyawa mereka. Pada saat matahari sudah mulai memancarkan sinar, mereka merasa seakan-akan baru bangun dari tidurnya masing-masing. Yang seorang berkata kepada yang lainnya: "Malam tadi kami lupa beribadah kepada Allah, mari kita pergi ke mata air!"

Setelah mereka berada di luar gua, tiba-tiba mereka lihat mata air itu sudah mengering kembali dan pepohonan yang ada pun sudah menjadi kering semuanya. Allah s.w.t. membuat mereka mulai merasa lapar. Mereka saling bertanya: "Siapakah di antara kita ini yang sanggup dan bersedia berangkat ke kota membawa uang untuk bisa mendapatkan makanan? Tetapi yang akan pergi ke kota nanti supaya hati-hati benar, jangan sampai membeli makanan yang dimasak dengan lemak-babi."

Tamlikha kemudian berkata: "Hai saudara-saudara, aku sajalah yang berangkat untuk mendapatkan makanan. Tetapi, hai penggembala, berikanlah bajumu kepadaku dan ambillah bajuku ini!"

Setelah Tamlikha memakai baju penggembala, ia berangkat menuju ke kota. Sepanjang jalan beliau melihat tempat-tempat yang sama sekali belum pernah dikenalnya, melalui jalan-jalan yang belum pernah diketahui. Setibanya dekat pintu gerbang kota, ia melihat bendera hijau berkibar di angkasa bertuliskan: "Tiada Tuhan selain Allah dan Isa adalah Roh Allah."

Tamlikha berhenti sejenak memandang bendera itu sambil mengusap-usap mata, lalu berkata seorang diri: "Kusangka aku ini masih tidur!" Setelah agak lama memandang dan mengamat-amati bendera, ia meneruskan perjalanan memasuki kota. Dilihatnya banyak orang sedang membaca Injil. Ia berpapasan dengan orang-orang yang belum pernah dikenal. Setibanya di sebuah pasar ia bertanya kepada seorang penjaja roti: "Hai tukang roti, apakah nama kota kalian ini?"

"Aphesus," sahut penjual roti itu.

"Siapakah nama raja kalian?" tanya Tamlikha lagi. "Abdurrahman," jawab penjual roti.

"Kalau yang kau katakan itu benar," kata Tamlikha, "urusanku ini sungguh aneh sekali! Ambillah wang ini dan berilah makanan kepadaku!"

Melihat wang itu, penjual roti keheran-heranan. Karena wang yang dibawa Tamlikha itu wang zaman lampau, yang ukurannya lebih besar dan lebih berat.

Tamlikha lalu ditangkap. Kemudian dibawa pergi menghadap raja. Raja yang baru ini seorang yang dapat berfikir dan bersikap adil. Raja bertanya kepada orang-orang yang membawa Tamlikha: "Bagaimana cerita tentang orang ini?"

"Dia menemukan harta karun," jawab orang-orang yang membawanya.

Kepada Tamlikha, raja berkata: "Engkau tak perlu takut! Nabi Isa a.s. memerintahkan supaya kami hanya memungut seperlima saja dari harta karun itu. Serahkanlah yang seperlima itu kepadaku, dan selanjutnya engkau akan selamat."

Tamlikha menjawab: "Baginda, aku sama sekali tidak menemukan harta karun! Aku adalah penduduk kota ini!"

Raja bertanya sambil keheran-heranan: "Engkau penduduk kota ini?"

"Ya. Benar," sahut Tamlikha.

"Adakah orang yang kau kenal?" tanya raja lagi.

"Ya, ada," jawab Tamlikha.

"Cuba sebutkan siapa namanya," perintah raja.

Tamlikha menyebut nama-nama kurang lebih 1000 orang, tetapi tak ada satu nama pun yang dikenal oleh raja atau oleh orang lain yang hadir mendengarkan. Mereka berkata: "Ah…, semua itu bukan nama orang-orang yang hidup di zaman kita sekarang. Tetapi, apakah engkau mempunyai rumah di kota ini?"

"Ya, tuanku," jawab Tamlikha. "Utuslah seorang menyertai aku!"

Raja kemudian memerintahkan beberapa orang menyertai Tamlikha pergi. Oleh Tamlikha mereka diajak menuju ke sebuah rumah yang paling tinggi di kota itu. Setibanya di sana, Tamlikha berkata kepada orang yang mengantarkan: "Inilah rumahku!"

Pintu rumah itu lalu diketuk. Keluarlah seorang lelaki yang sudah sangat lanjut usia. Keningnya sudah putih dan berkerut hampir menutupi mata karena sudah terlampau tua. Ia terperanjat ketakutan, lalu bertanya kepada orang-orang yang datang: "Kalian ada perlu apa?"

Utusan raja yang menyertai Tamlikha menyahut: "Orang muda ini mengaku rumah ini adalah rumahnya!"

Orang tua itu marah, memandang kepada Tamlikha. Sambil mengamat-amati ia bertanya: "Siapa namamu?"

"Aku Tamlikha anak Filistin!"

Orang tua itu lalu berkata: "Cuba ulangi lagi!"

Tamlikha menyebut lagi namanya. Tiba-tiba orang tua itu melutut di depan kaki Tamlikha sambil berucap: "Ini adalah datukku! Demi Allah, ia salah seorang di antara orang-orang yang melarikan diri dari Diqyanius, raja durhaka." Kemudian diteruskannya dengan suara haru: "Ia lari berlindung kepada Yang Maha Perkasa, Pencipta langit dan bumi. Nabi kita, Isa as., dahulu telah memberitahukan kisah mereka kepada kita dan mengatakan bahwa mereka itu akan hidup kembali!"

Peristiwa yang terjadi di rumah orang tua itu kemudian di laporkan kepada raja. Dengan menunggang kuda, raja segera datang menuju ke tempat Tamlikha yang sedang berada di rumah orang tua tadi. Setelah melihat Tamlikha, raja segera turun dari kuda. Oleh raja Tamlikha diangkat ke atas pundak, sedangkan orang banyak beramai-ramai menciumi tangan dan kaki Tamlikha sambil bertanya-tanya: "Hai Tamlikha, bagaimana keadaan teman-temanmu?"

Kepada mereka Tamlikha memberi tahu, bahwa semua temannya masih berada di dalam gua.

"Pada masa itu kota Aphesus diurus oleh dua orang bangsawan istana. Seorang beragama Islam dan seorang lainnya lagi beragama Nasrani. Dua orang bangsawan itu bersama pengikutnya masing-masing pergi membawa Tamlikha menuju ke gua.

Teman-teman Tamlikha semuanya masih berada di dalam gua itu. Setibanya dekat gua, Tamlikha berkata kepada dua orang bangsawan dan para pengikut mereka: "Aku risau kalau sampai teman-temanku mendengar suara tapak kuda, atau gemerincingnya senjata. Mereka pasti menduga Diqyanius datang dan mereka bakal mati semua. Oleh karena itu kalian berhenti saja di sini. Biarlah aku sendiri yang akan menemui dan memberitahu mereka!"

Semua berhenti menunggu dan Tamlikha masuk seorang diri ke dalam gua. Melihat Tamlikha datang, teman-temannya berdiri kegirangan, dan Tamlikha dipeluknya kuat-kuat. Kepada Tamlikha mereka berkata: "Puji dan syukur bagi Allah yang telah menyelamatkan dirimu dari Diqyanius!"

Tamlikha berkata: "Ada urusan apa dengan Diqyanius? Tahukah kalian, sudah berapa lamakah kalian tinggal di sini?"

"Kami tinggal sehari atau beberapa hari saja," jawab mereka.

"Tidak!" sangkal Tamlikha. "Kalian sudah tinggal di sini selama 309 tahun! Diqyanius sudah lama meninggal dunia! Generasi demi generasi sudah lewat silih berganti, dan penduduk kota itu sudah beriman kepada Allah yang Maha Agung! Mereka sekarang datang untuk bertemu dengan kalian!"

Teman-teman Tamlikha menyahut: "Hai Tamlikha, apakah engkau hendak menjadikan kami ini orang-orang yang menggemparkan seluruh jasad?"

"Lantas apa yang kalian inginkan?" Tamlikha bertanya.

Angkatlah tanganmu ke atas dan kami pun akan berbuat seperti itu juga," jawab mereka.

Mereka bertujuh semua mengangkat tangan ke atas, kemudian berdoa: "Ya Allah, dengan kebenaran yang telah Kau perlihatkan kepada kami tentang keanehan-keanehan yang kami alami sekarang ini, cabutlah kembali nyawa kami tanpa pengetahuan orang lain!"

Allah s.w.t. mengabulkan permohonan mereka. Lalu memerintahkan Malaikat maut mencabut kembali nyawa mereka. Kemudian Allah s.w.t. melenyapkan pintu gua tanpa bekas.

Dua orang bangsawan yang menunggu-nunggu segera maju mendekati gua, berputar-putar selama tujuh hari untuk mencari-cari pintunya, tetapi tanpa hasil. Tak dapat ditemukan lubang atau jalan masuk lainnya ke dalam gua. Pada saat itu dua orang bangsawan tadi menjadi yakin tentang betapa hebatnya kekuasaan Allah s.w.t. Dua orang bangsawan itu memandang semua peristiwa yang dialami oleh para penghuni gua, sebagai peringatan yang diperlihatkan Allah kepada mereka.


Demikianlah hikayat tentang para penghuni gua (Ashhabul Kahfi), kutipan dari kitab Qishasul Anbiya yang tercantum dalam kitab Fadha 'ilul Khamsah Minas Shihahis Sittah, tulisan As Sayyid Murtadha Al Huseiniy Al Faruz Aabaad, dalam menunjukkan banyaknya ilmu pengetahuan yang diperoleh Imam Ali bin Abi Thalib dari Rasul Allah s.a.w.

Surat Seorang Ibu




BOnDa...IbU...Mak...UMmie...MummY...emak....mama....

seMua panggilan ini selalunya kita tujukan khas buat seorang wanita yg telah mengandungkan, melahirkan dan menyusukan kita... Sungguh besar pengorbanannya buat anak2 yg dikandungnya... Tak terbalas semua pengorbanan seorang wanita yg bergelar Ibu ini... dr tapak kaki selebar dua jari kita diasuh dan dijaga penuh kasih sayang... Islam mengajar kita supa hormat dan kasih kepada ibu yang melahirkan kita..
sehinggakan berkata uhhh..arghhh sekali pun sudah dianggap derhaka kepadanya. SubhanAllah muhasabah lah diri setelah anda melihat video ini semoga kita akan beroleh hidayah untuk menjadi anak yg soleh dan solehah...

Buat ummie yg ku syg... anak mu sentiasa menyayangimu...selamat HARI IBU...sebagai anak sudah byk dosaku padamu... SaYAng ummie selalu...

Template by:
Free Blog Templates