Thursday, May 13, 2010

Langkah Pertama Untuk Mengenali Dunia "Perbankan Islam"

Tajuk ini adalah kesinambungan dari tajuk yang lepas setelah ana menghuraikan mengenai apakah sebenarnya Perbankan Islam. Jadi, setelah kita mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Perbankan Islam kita harus lah menggorak langkah dengan meneliti apa yang perlu dilakukan.

Kejahilan Ummah sendiri

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

Jelas lah dengan hanya mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul. JAdi disini ana ingin menasihatkan jangan lah kita sebagai Ummat Islam tidak mengendahkan kewujudan Perbankan Islam. Kalau kita lihat fokus utama kewujudan Perbankan Islam ini hanya lah untuk Ummat Islam namun menurut statistik semasa melalui researched2 yang dijalankan pelanggan dari bukan Islam menjangkaui pelanggan yang beragama Islam. Amat menyedihkan hati dan sanubari jika perkara ini berterusan.

Salah satu sebab adalah kerana Kejahilan pemikiran umat Islam sendiri. Kurangnya rasa sensitif dan sifat ingin tahu mengenai isu Perbankan Islam.. Yang menebal dihati mereka adalah keuntungan dan low interest yang ditawarkan oleh Perbankan Konvensional.

Kekurangan Ilmu, Bahan Rujukan dan Orang untuk Dirujuk.

Tidak dinafikan kekurangan bahan-bahan rujukan dan juga ulama' untuk dijadikan rujukan oleh umat Islam. Namun bukan lah menjadi masalah sekiranya kita sendiri mengorak langkah untuk mencari sendiri sumber2 itu dan sekiranya ada keraguan boleh lah bertanyakan kepada yang pakar. Pada zaman komunikasi tanpa batasan ini maklumat hanya dihujung jari.

Memang banyak buku mengenai Perbankan Islam ana sendiri mengakuinya namun ianya banyak diterbitkan didalam bahasa Arab dan Inggeris. BAgi yang tinggi ilmu nya mungkin tiada masalah namun sekarang InsyaAllah lah mungkin pada masa akan datang makin banyak buku2 mengenai Perbankan Islam akan diterbitkan. Banyak buku2 hanya boleh difahami oleh orang2 Ilmiah dan golongan yang terlibat dengan sistem bank itu sendiri. Ana amat berharap akan ada ilmuan Islam yang pakar didalam Perbankan Islam akan menerbitkan buku2 yang lebih mudah untuk difahami oleh ummat Islam.

Langkah Pertama untuk mengenali Dunia Perbankan Islam

1. Muhasabah diri
Istikhamah diri untuk lebih mengenali Dunia Perbankan Islam. Muhasabah apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu diubah dalam pemikiran kita.

2. Banyakkan Membaca dan Menambahkan Ilmu
Langkah permulaan baca lah blog2, article2, dan jurnal2 Perbankan Islam. Belilah buku yang menceritakan perihal Perbankan Islam dan Khususnya Riba itu sendiri

3. Banyakkan mendengar ceramah2
Pupuk kan minat untuk mendengar ceramah2 bagi menambah ilmu mengenai Perbankan Islam.

4. Mulakan penggunakan produk2 Perbankan Islam
Paling mudah dan senang untuk dimulakan buka lah account deposit Al-Wadiah dengan Bank2 Islam.. Amat mudah untuk kita mendekati dunia Perbankan Islam. Setelah itu kita boleh menggorak langkah untuk memilih pembiayaan secara Islam untuk membiayai pembelian Kereta dan Rumah impian kita, moga2 impian kita lebih berkat dan mengikut kehendak Syarak.

5. Amal
Ingat lah semua setiap ilmu dan perubahan didalam diri hendak lah disertakan dengan amal moga setiap pohon yang rendang ada buahnya. Setiap ilmu dan perubahan akan kekal sekiranya kita beramal dengannya. Bagaimana untuk beramal? Mudah.. SAMPAIKAN.. itu sahaja MasyaAllah....

Jazakallah...

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..... sauadara sy ska dengan konsep 4M 1A (muhasabah,membaca, mendengar, mengguna) dan (amal) .. dengan adanya blog saudara ini. byk yang sy perolehi.. dan terima kasih kerna mencurah kn ilmu.. pda yg jahil ini.. terus kn usaha saudara. sy sentiasa mnyokong saudara. sekian wassalam...

iSbaNker said...

waalaikummussalam....Bukan Jahil saudari sekiranya saudari sudah mula ada rasa minat. Cuma kurang di berikan pendedahan. Syukur.. Terima Kasih.

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates