Alhamdulillah..Malaysia telah berjaya dalam melaksanakan sistem perbankan Islam sendiri walaupun bukan lah 100% wajib perlaksanaannya sekurang-kurangnya umat Islam dapat menarik lafaz lega kerana boleh melakukan transaksi perbankan secara Islam. Semuanya lahir dari keperihatinan masyarakt Islam yang telah dilahirkan pendapatnya melalui permintaan secara rasmi untuk menubuhkan Sebuah Bank Islam di Malaysia iaitu di Bumiputra Economic Congress 1980.
Semenjak dari titik permulaan pada tahun 1980 itu lah tertubuhnya sebuah perbankan Islam iaitu BIMB @ Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1983. Pada tahun yang sama juga lah Islamic Banking Act telah ditubuhkan bagi memantau dan menyelaras proses dan perjhidmatan Bank Bank Islam di Malaysia.
Penerimaan rakyat kian meningkat bukan sahaja penerimaan masyarakat Islam malah ada juga masyarakat bukan Islam yang mula percaya untuk menggunakan product perbankan Islam ini. Namun masih ada yang masih memejamkan mata, membutakan hati, dan memekakkan telinga mengenai kewujudan perbankan Islam di negara kita ini.
Apa Bezanya Perbankan Konvensional dan perbankan Islam:
Undang2 yg digunakan:
Konvensional:
Operasi dan fungsinya adalah berdasarkan prinsip dan perundangan yang dibuat oleh akal manusia. Pastilah ada kepincangan sekiranya ianya didalangi manusia
Perbankan Islam:
Operasi dan fungsinya adalah bersandarkan kehendak AL-Quran dan Sunnah
Keuntungan:
Konvensional:
Menyasarkan keuntungan sebagai satu element utama didalam perlaksanaan business nya tanpa had batasan agama dan moral
Perbankan Islam:
Mensasarkan keuntungan yang berlandaskan disiplin Islam yang terhad kepada sesuatu yang mendatangkan faedah kepada umat sejagat
Zakat:
Konvensional:
Tidak mengambil kira mengenai persoalan zakat dan sebagainya
Perbankan Islam:
Wajib terlibat didalam pembayaran zakat ( merupakan tanggungjawap social untuk masyarakat sejagat)
Riba @ Interest:
Konvensional:
Terlibat secara meluas dalam pengunaan Interest didalam process perbankannya setiap hari.
Perbankan Islam:
Tidak terlibat dengan sebarang unsur riba.
Masih banyak perbezaan antara perbankan Konvensional dan perbankan Islam yang ana ingin kupaskan namun InsyaAllah jika ada kelapangan. Sebagai umat Islam wajib bagi kita memgunakan sistem perbankan Islam ini kerana jika terdapat walaupun satu sahaja bank Islam maka sudah jatuh hukum disitu bagi kita mengunakan perkhidmatannya. Sekiranya tiada barulah kita boleh mengunakan sistem perbankan Konvensional.
Berbagai tomahan, salah faham dan fitnah ynag dilemparkan kepada perbankan Islam hari demi hari paling menyedihkan tomahan itu do lemparkan oleh umat Islam sendiri yang menuduh sistem Perbankan Islam itu sama sahaja dengan sistem konvensional, sistem perbankan Islam kejam, dan berbagai2 lagi tomahan yang diberi.
Namun harus lah diingat kita tidak boleh membanding2kan sistem perbankan konvensional dan Islam kerana jelas lah sistem dan konsep yang digunakan adalah berbeza.. Jadi harus dikaji dan dihalusi sebelum berkata dengan lebih lanjut. Supaya kita tidak telempar kata2 fitnah kepada sistem yang dianjurkan oleh Islam.
Masih banyak isu2 yang menarik untuk kita kupaskan InsyaAllah dilain hari.. JazakaAllah...
Thursday, May 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




2 comments:
salam. bro. nice post i like
waalaikumussalam tq's.. Alhamdulillah
Post a Comment