Ana mungkin tidak layak memperdebatkan bicara mengenai anak kerana ana sendiri belum lagi berkahwin namun ana juga seorang anak. Ana tertarik dengan topik "Tanya Lah Ustaz" di TV 9 dalam minggu ini yang membicarakan anak itu anugerah Illahi. Walaupun kita sebagai belia masa kini yang masih belum mendirikan rumah tangga namun menjadi tanggung jawap kita untuk mempersiapkan diri untuk masa hadapan ajar generasi yang lahir dari kita dapat memperkukuhkan lagi institusi Islam di negara kita.

Namun negara kita sekarang dihujani dengan berita pembuangan bayi-bayi yang tidak berdosa ini oleh manusia2 yang bertopengkan binatang. Sedih setiap hari bila dibaca di dada2 akhbar mengenai kes2 bayi dibuang lalu menjadi makan binatang2. Apa sudah jadi dengan belia di negara kita. Amat menyedihkan apabila ini berlaku di kalangan masyarakat Islam sendiri sudah kabur kah mengenai hukum hakam Islam... Anak itu hadiah dari Allah kepada kita, kenapa dibuang2 tanpa ada rasa belas dan ehsan.. MasyaAllah..!!!!

Anak itu anugerah Illahi bentuk lah ia mengenal Allah, corak lah ia dengan ajaran Islam, dan bimbing lah ia kejalan yang diredai Allah S.W.T. Setiap anak itu ada kelebihan dan kekurangannya maka sebagai orang yang lebih dewasa maka kita lah yang bertanggungjawap bagi membimbingnya kejalan yang benar.
Bagi melahirkan generasi terunggul, bagi membina tamadun yang unggul dan bagi membentuk dunia yangs sejahtera maka belia2 hendaklah beringat dari sekarang jangan kesilapan kita, kita ulang pada anak2 kita dan jangan kita ajar kesilapan kita.. Bangunlah dan mulakan muhasabah diri. Mana kan kueh menjadi bentuk yang lain dari acuannya. Cari diri, Ubah diri dan kekalkan diri kita sebagai Umat yang Terunggul.
Tips Lahirkan Anak Soleh:
1.Kriteria Pasangan
Semuanya bermula dari proses pemilihan pasangan hidup itu sendiri. Bermula dari saat itu kita kena tanam dalam minda untuk sebolehnya mencari pasangan yang boleh bersama2 meniti hidup dalam keredaan Illahi. Tidak di nafikan keturunan memainkan peranan penting ini disokong oleh:
Lihatlah bagaimana terbentuknya salasilah keturunan para sahabat, tabie’ tabie’in, ulama’ dan cendikiawan Islam antaranya Imam Syafie’ yang berketurunan Rasulullah SAW dan bersambung pada Abd Manaf. Ibunya pula menurut pendapat yang masyhur adalah seorang berketurunan Yaman dari suku Azd.
Imam Nawawi meriwayatkan tentang ibu Imam Syafie’, katanya: “Rasulullah SAW pernah bersabda: al-Azd ialah singa Allah di bumi ini, ramai dari manusia hendak menjatuhkan mereka, tetapi tidak diizinkan Allah SWT, bahkan Allah SWT meninggikan mereka, dan sesungguhnya pada suatu masa manusia akan berkata: Alangkah bertuahnya jika aku seorang Azdi dan alangkah bertuah juga jika ibuku seorang Azdiyyah.”
Namun baik buruk manusia itu bukanlah sekadar dari keturunannya namun Iman itu adalah kayu ukur utama dalam membentuk insan yang terunggul. Bukan sekadar ucapan I LOVE, U LOVE ME tetapi harus di ingat semua ini bagi melahirkan generasi yang hebat.
2. Menerapkan Sunnah dalam perhubungan Kelamin Jima" Suami isteri
“Apabila kamu berjima’ hendaklah ingat kepada Allah SWT, nak dapatkan anak soleh dan solehah ianya sebelum terjadinya janin.” Kata Syeikh Dr. Abdullah Syazili ketika menyampaikan kuliah tafsir mingguannya di Masjid Uthaifah, Medan Sa’ah.
“Baca Auzubillahhiminas syaitannirajjim.” Sambung Syeikh lagi.
Kenapa perlu membaca Bismillah? Tanpa mukaddimah, tanpa doa, tanpa segala tertib. Akhirnya, lahir manusia bengis, tak berakhlak, degil dan pelbagai sifat negatif lain bersamanya. Kita ni bukan haiwan para pembaca yang amat ana hormati, tapi kita manusia kita punya akal dan kita punya adap yang perlu diikuti.
Daripada Abi Dzar r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Dan pada kemaluan seseorang kamu (bersetubuh dengan isteri yang sah) adalah sedekah.”
Maka kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah salah seorang kami bersetubuh, adakah ia mendapat pahala padanya?”
Baginda bersabda: “Apakah pendapat kamu sekiranya seseorang itu bersetubuh dengan cara yang haram, adakah ia mendapat dosa? Demikian jugalah sekiranya seseorang itu meletakkannya pada perkara yang halal, adalah dia memperolehi pahala.” (Riwayat Muslim)
Daripada Ibnu Abas r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya salah seorang daripada kamu ingin bersetubuh dengan isterinya, maka bacalah (doa ini):
بسم الله اللهم جنبا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
(Wahai Tuhan kami, jauhilah kami daripada syaitan dan jauhilah syaitan daripada apa yang kamu rezekikan kepada kami (anak yang bakal lahir), sekiranya ditakdirkan kepada mereka seorang anak daripada persetubuhan tersebut, syaitan tidak dapat memudharatkannya buat selama-lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Mendidik anak itu dari JANIN
Sesungguhnya mendidik anak2 bukan lah setelah ia mula keluar dari perut ibu itu tetapi ketika ianya masih llagi dari janin iaitu dari dalam rahim ibu itu lagi. Di Eropah masyarakat Yahudi telah mengamalkan sistem dimana ibu2 yang mengandung dihantar bagi mengikuti kelas2 math dan sains. Amat menarik di sini apabila Yahudi sendiri memperlihatkan bahawa anak2 perlu dididik dri janin lagi.
Namun Masyarakat kita sekarang lebih cenderung untuk memperdengarkan lagu2 konon nya minda anak2 akan bergerak aktif dalam kandungannya. Apa salah nya jika kit aperdengarkan alunan bacaan Ummul Kitab yakni al-Quran kepada anak2 didalam kandungan. Lebih luas Ilmu didalam kandungan isi al-Quran yang boleh dicerna oleh minda anak kita didalam perut ibu itu sendiri.
Peranan ibu2 mengandung ini penting banyak2kan solat2 sunat, banyakkan membaca al-Quran dan banyakkan berzikir agar kandungan menjadi tenang lahir lah zuriat yang mempunyai jati diri Islam yang Unggul. Banyakkan membaca surah seperti surah Mariam, Surah Yusuf dan Surah Luqman...
Doa ini adalah doa yang diamalkan oleh Nabi Allah Zakaria a.s.
Oleh kerana, Nabi Zakaria a.s tidak dikurniakan anak selama berpuluh-puluh tahun. Maka Nabi Zakaria a.s. telah merayu dan berdoa pada ALLAH SWT sepeti ayat dibawah ini. Dengan berkat rintihan doa Nabi Zakaria a.s tersebut, maka ALLAH SWT telah kurniakan isteri baginda mengandung dan mendapat cahaya mata mereka.

Maksudnya :
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.”
((Rujuk Surah al-Anbiya’ ayat 89))




3 comments:
hopefully kita semua akn dijauhi dpd menjadik pembunh...
insyaallah...
da cukup ilmu di dada nampak.....
da boleh kawin da ni...
Alhamdulillah sama2 lah kita menjauhi zina dan dosa2 besar yg lain...
assalamualaikum............
sy nk tanya... kalau org yg di pilih oleh org tua kita tu.. ske wat benda2 yg di larang.. sperti d atas tu.. macam mana kita nak buat bg dia x buat dah semua tu? parents dia da cakap.. dads y lah dia org nk sy d satu kn dgn dia sbb nk henti kn smua perbuatan buruk dia tu. apa pandangan awk? sy ni pn bkn nya baik sgt nk ubah dia.. silap2 sy pun jd jhat skali.. haha... so.. what do u think about this?........
Post a Comment