Thursday, March 11, 2010

sUkakah kita meNjaMah daGing SauDara SenDiri?

Hari ini ana ingin berkongsi mengenai satu tajuk yang tak asing lagi di kalangan umat Islam di Malaysia ini.. Mereka bagaikan menjadikan aktiviti mengumpat sebagai suatu aktiviti wajib di kala ada kelapangan...hmmm hairan...

Dosa mengumpat tidak syak lagi adalah sebuah dosa yang agak besar.
Ia disebutkan oleh:
-Allah SWT : ertinya : " Adakah kamu suka memakan daging mayat saudara kamu ? " ( Al-Hujurat : 12 ) .
-Rasulullah pernah menggunakan satu teknik sastera dalam mengingatkan sahabat tentang bahaya mengumpat. Di satu ketika Jabir r.a mengatakan bahawa dia bersama Nabi SAW di satu tempat dan terbau busuk di tempat itu, lalu Nabi SAW berkata " Adakah kamu tahu apakah bau ini ? , inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin" (Ahmad, dengan perawinya thiqat).

Pulang dari kelas, pada waktu petang sedih ana melihat deretan dan kelompok wanita2 leka bersembang di bawah2 pokok...membiarkan suami menjaga anak2 yang berkeliaran sedang kan para ibu sebok bersembang tanpa menhiraukan suami dan anak2. Sambil mata berkeliaran mulut terkumat kamit cuba berkata2 sesuatu....Selain itu waktu ana nakTerdetik pada hati ana adakah wanita ini tidak ada kerja lain start jam 3 petang lagi ada saja yang berkumpul di tepi longkang lah di tepi pokok lah... MasYaAllah apa la nak jadi...

NAbi sendiri mengatakan pada sahabat ana tak ingat hadis mana tetapi bergini cerita nya... Ada dua orang sahabat datang pada baginda..lalu Baginda bertanya " adakah kamu berdua sudah berbuka puasa.." jawap mereka tidak lalu baginda bertanya lagi sebanyak 3 kali mereka menjawap tidak.. lalu Baginda berkata sesungguhnya Aku melihat ada serpihan2 daging melekat pada mulut dan gigi kamu berdua...Mereka mengaku yang mereka ada berkata sesuatu tentang seseorang...

Subhanallah...mahukan kita memakan daging saudara seagama kita sendiri...????

3 comments:

misz said...

salam...
kontroversi tajuk kali ni...
mengumpat=wanita???
stereotaip dlm msyrkat kita....
xsmestinya wanita jer llaki pon sama kan...
niat anta 2 bagus tapi xperlulah menunding jari kpd sesiapa...
kita semua xperfect tapi kita boleh berubah ke arah itu...

iSbaNker said...

hmm..itu yang ana perhatikan nak buat mcm mana.. ok ana minta maaf dengan tajuk kali ini. Tapi ana cuma tulis apa yang ana nampak itu sahaja.

misz said...

xkisah pon dgn tajuk ni.....
this is ur blog n u have ur freedom of speech n 2 write anything k...
so'i'm juz here 2 simply give a comment n my view on what u hv written...=)

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates