Saturday, October 16, 2010

Berzikirlah 24 JAm

Allah berfirman dalam al-Quran:

Bermaksud: Wahai orang yang beriman, ingatlah Allah (berzikirlah kepada Allah) dgn ingatan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah (sucikanlah) Dia pada waktu pagi dan petang. (Surah al-Ahzab 33: 41-42)

Sesungguhnya kita dituntut untuk mengingati Allah 24jam. Mampukah kita berbuat bergitu? Orang akan bertanya " Kalau kita dikehendaki untuk berzikir 24 Jam, mana ada masa untuk berkerja, tidur dan melakukan aktiviti lain?"

Sesungguhnya zikir itu dilaksanakan dalam 3 bentuk:

1. Zikir Qauli iaitu zikir khusus iaitu berkaitan sebutan.

Inilah zikir yang sering difahami orang iaitu mulut menyebut "Subhanalla" (bertasbih), "alhamdulillah" (tahmid), "Allahuakbar" (bertakbir), "lailahaillallah" (bertahlil), astaghfirullah(bertaubat) berdoa sebelum memulakan sesuatu, membaca al-Quran dan sebagainya.

2. Zikir Qalbi iaitu zikir dalam hati

Sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan sama ada ketika berkerja, memandu kenderaan, melihat kejadian Tuhan, lebih-lebih lagi ketika beribadah ataupun Solat.

3. Zikir Fikli iaitu zikir perbuatan

Perbuatan seperti bibir terkumat kamit, jari mengira buah tasbih, kepala mengangguk, anggota tubuh badan menunjukkan perbuatan yang baik seperti kaki berjalan ke masjid, tangan bersedekah atau menolong orang susah dan sebagainya..

Dengan huraian diatas jelaslah seluruh 24jam dalam kehidupan kita seharian, kita sentiasa berada dalam keadaan berzikir kepada Allah SWT. SubhanaAllahh.. Indahnya peraturan, kitaran dan perlaksanaan Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates