Monday, November 8, 2010

Ayah dan Ibu




"Kehadiran ku didalam kehidupan ayah dan ibu adakah bagaikan sebuah beban kepada mereka?" Hidupnya seorang anak yang dari kecil berdikari sendiri. Tidak seperti adik beradik yg lain sentiasa dibantu dan disokong. Hati kecil ini sentiasa memberontak melihat sahabat yang lain masih memerlukan ayah dan ibu mereka disisi dimana disaat itu aku sudah mula bergerak sendiri. Hanya ibu yang banyak membantu sepanjang kehidupan ku. Ayah bagaikan hanya memerhati aku dari jauh. Dari aku tadika aku sudah mula pergi sendiri walhal aku sangat takut ketika itu. Pada hari pertama persekolahan aku, aku ditinggalkan ayah aku berseorangan sedang kan sahabat yang lain masih berteman. Ingin sekali rasa hati lari dari tempat duduk ku namun ketika itu aku ternampak jiran ku ada menemani anak jagaannya, aku kembali tenang dan harungi ja apa yang berlaku. Sampai satu tahap pabila aku mendapat surat dari sekolah yang menyatakan ada mesyuarat ibubapa dengan pihak sekolah aku hanya campakkan kedalam tong sampah kerana aku tahu ayah ku tidak akan hadir. Seawal umur aku mula disuruh ke bank dan sebagainya. Padahal sahabat yang lain masih bermain kesana kemari. Aku tak sempat merasa layanan seorang ayah. Hati aku memberontak aku mula berdendam. Kadang kadang aku menangis sendiri kerana terlampau tertekan. Kenapa aku tak dilayan macam adik beradik ku yang lain. Aku selalu disuruh membuat itu dan ini. Ayah dan Ibu tidak pernah menyuruh adik beradik ku yang lain. Aku tertekan aku bukan orang gaji dan aku bukan orang suruhan. Pada umur ku 15 tahun aku berusaha keras belajar dan berjaya melayakkan diri ke sekolah berasrama. Disitu aku puas dapat hidup dengan sahabat-sahabat ku. Walaupun aku sedikit hanyut namun aku puas dapat lari dari segala yang aku hadapi. Aku mendapat keputusan yang agak teruk ketika SPM akibat kelalaian aku sendiri. Namun aku bernasib baik dapat juga menjejakkan kaki ke sebuah intitusi pengajian awam. Semua aku uruskan sendiri dan aku berusaha sendiri. Namun selepas tamat pengajian hutang ku mengalahkan orang yang dah berkahwin apa boleh buat nak belajar punya pasal. Sehingga kan sekarang satu sahaja yang aku minta dari ayah ku aku ingin menyambung pengajian ku di peringkat master namun beliau hanya mendiamkan diri dan memalingkan mukanya. "Apa salah aku?" Aku hanya ingin meminta pertolongannya untuk menyambung pengajian ku. Adakah aku kena berusaha lagi untuk mencapai kejayaan dalam hidup ku. Tidak kah terdetik dihati ayah untuk menolong aku. Selama ini aku banyak berkorban untuk dia. Sekali lagi hati aku terusik. "Adakah dia tidak menyayangi aku seperti mana dia menyayangi adik beradik ku yang lain?" "Apa yang adik bberadik ku ingin lakukan semuanya disokongnya, nak beli rumah ka, nak beli tanah pun sanggup dia nak menyadarkan tanah tempat kami tinggal untuk anaknya" "tetapi ketika aku ingin melanjutkan pelajaran langsung tiada kata putus yang diberikan. Sedih mengalir lagi air mata kekecewaan aku. Aku sentiasa ingin membanggakan mereka namu apa kan daya usaha aku tak dipandang dan tak dihargai mungkin aku tak sepandai adik beradik ku yang lain. Pabila dekat dengan ayah dan ibu aku hanya akan lebuh menyakitkan hati mereka. Mungkin mereka rasa sayang kepada anak anak yang jauh dimata. Aku rasa ingin pergi jauh dari mereka. Aku tak sanggup lagi. Maafkan anakmu ayah dan ibu.

*Nukilan ini hanya sebuah cerita dari sebuah hati yang terluka. " Harap dijadikan sebagai iktibar dan jangan lah jadi seperti cerita ini.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates