Thursday, November 11, 2010

Ana minta maaf....!!

Di pinggir kota Kaula Lumpur tinggalnya sebuah keluarga yang agak mewah kehidupannya. Suami Isteri ini dikuaniakan seorang anak perempuan yang berumur lingkugan 5 tahun bernama Ana Sofea. Ana merupakan serang kanak-kanak yang pintar dan aktif. Sering inginkan kasih sayang dan perhatian papa dan mamanya. Namun Ana selalu dipinggirkan dek kesibukan kerja papa dan mamanya.Jarang sekali Ana dapat berbual dengan papa dan mama yang dia amat kasihi. Ana banyak menghabiskan masanya dengan pembantu rumahnya. Ana suka melukis, di sekolah tadikanya Ana amat dikenali sebagai kanak2 yang pandai dan berbakat dalam lukisan. Pada suatu pagi oleh kerana papa dan mama Ana lewat bangun untuk pergi berkerja mereka mengambil keputusan untuk menaiki motor sahaja. Pada hari itu Ana tidak kesekolah kerana papa dan mama Ana tidak membawa kereta. Seperti biasa pabila Ana kebosan dia akan mula mencoretkan buah fikirannya dalam bentuk lukisan. Pada mulanya dia melukisnya diatas kertas lukisan, selepas itu Ana beransur keluar dan mula mencoretkan pada tanah di luar rumahnya. Ana makin leka sehinggakan dia mula memikirkan untuk melukis sesuatu pada dinding kereta papanya. Lalu ana menoleh kekiri dan kekanannya. Dia ternampak serpihan pasu mama nya yang pecah lalu diloretkan gambar keluarga Ana. Dilukisnya gambar papa, mama, dan Ana. Setelah petang papa dan mama Ana pun pulang. Dar depan pintu gate papa nya melihat kereta mewah milik nya yang berwarna hitam kelihatan bercorak-corak dari jauh. Apabila Ana mendengar deruman enjin motor papanya Ana keluar dan berkata " Papa2 Ana lukiskan gambar keluarga kita di kereta baru papa cantik tak?" Papanya turun dari motor dan menjerit "Kurang ajar punya anak apa yang kau dah buat ni?" Lalu dicapainya batang paip yang ada situ di pukulnya pada tangan dan lengan Ana. Ana meraung kesakitan memintan pertolongan mamanya, namun tidak di endahkan. Hanya bibiknya lah yang keluar dan menyelamatkan Ana. Namun Ana sudah cedera teruk. Malam itu Ana tidur dengan Bibiknya. Dia menangis kesakitan, bibikya berkata " Tuan tolong lah bawa ana ke hospital dia demam teruk dan tangannya luka teruk." Namun papa hanya berkata " Biarkan dia biarkan dia rasa, malam ni biar dia tidur dgn bibin aja". Bibik mula menyapukan minyak ubat dengan harapan anak itu akan sembuh. Besoknya Luka Ana mula membengkak namun papa dan mamanya langsung tidak menjenguk kedalam bilik pembantu rumah itu. Keesokan harinya bibik pun mengambil keputusan untuk membawa Ana ke hospital. Tiba di hospital Ana dimasukkan kan ke bahagian kecemasan lalu dibawa ke dalam bilik pembedahan. Tangan Ana terpaksa dipotong kerana lukanya telah terlamapau lama dan makin teruk dan bernanah. Ana selamat dibedah papa dan mama Ana terlamapau sedih dan berkali kali pengsan kerana tidak dapat menahan rasa sedih dan berslah. Petang iti Ana sedar dan dia merasakn tangannya sudah tidak ada lagi. Dalam menahan kesakitan Ana berkata pada papanya "papa mana tangan Ana tolong la papa pulangkan kedua-dua tangan. Ana janji tak nakal lagi. Papa jgn la ambil tangan Ana. tolong la papa. Ana minta maaf." Papa dan mama Ana tidak dapat menahan sebak lalu menangis dan keluar dari bilik itu. Namun Ana masih tidak berputus asa, masih menyebut meminta papanya memulangkan tangannya dan berjanji tidak akan nakal lagi.

Renungkan lah...

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates