Thursday, November 11, 2010

Besarnya Makna DOA

Indahnya tiap kalimah yang diajar oleh Rasul kita Nabi Muhammad SAW yang diturunkan oleh pencipta kita Allah SWT. Besarnya makna DOA yang kita sering lestarikan ketika duduk antara dua sujud. Ada yang langsung tidak tahu apa makna didalam doa yang kita ucapkan setiap waktu di dalam solat.

-Setiap hari kita menyebut sebanyak 2+4+4+3+4= 17kalimah doa ini namun kita langsung tidak memahami bait2 kalimah itu.

-Dalam sebulan kita melafazkan doa ini sebanyak 510 kali.

-Jika didalam setahun kita menyebut doa ini sebanyak 6,205 kali didalam setiap solat yang kita kerjakan.

Setiap hari kita sebenarnya telah memohon didalam solat tetapi sayangnya kita hanya memohon tanpa memahami perihal makna didalam DOA tersebut. Dalam tajuk kali ini Ana ingin menyentuh mengenai makna didalam DOA duduk diantara dua sujud.

1. Dengan rasa rendah diri dan insaf nyatakan lah permohonan ampun kepada Allah SWT (Rabbighfirli) (Tuhanku, Ampunkan aku)
- Diam sejenak, buka dada dan diri kita, lapang kan minda untuk menerima keampunan drpd Allah SWT.
- Tetapkan lah membuka diri kita, ulang permintaan sehingga berasa tenang.

2. Kemudian sampaikan yang kedua (Warhamni) (Sayangi aku). Diam dan tundukkan diri menerima kasih sayang dari Allah SWT. Buka lah dada agar menerimanya.

- Ulang kaedah diatas untuk kalimah2 yang lain

3. (Wajburnii) (Tutuplah aib-aibku)

4. Warfa'anii (Angkatlah darjatku)

5. Warzuqnii (Berilah aku rezeki)

6. Wahdinii ( Berikan aku pertunjuk)

7. Wa'Aafinii ( Sihatkan aku)

8. Wa'fuanni ( Maafkan aku)

Tahukan semua bahawa tiap2 kalimah yang kita ucapkan didalam solat akan dijawap oleh Allah SWT. Solat adalah perantara diantara kita dengan Yang Maha Esa. Setiap hari tanpa kita sedari kita berdialog dengan Allah SWT. Jadi, jangan lah kita tergopoh gapah bacalah dengan tenang kerana ALLAH SWT sedang berdialog dengan kita. Sesetengah orang sanggup pergi ke masjid kawasan lain kerana Imam di situ bacanya laju dan Imam nya bacaannya lambat. SubhanaALLAH takkan lah kita nak lepaskan peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah. Rasai lah kehadirannya didalam hati dengan solat dengan tenang. Setiap amalan yang diterima Allah kita akan rasa tenang melaksanakannya.

JazakaAllah...

Yg baik dtg dari Allah SWT dan yang buruk dan terkurang dtg dr kekilafan diri Ana. Sebarang pembetulan dan comment amat di hargai

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates