Saturday, May 28, 2011

Muhammad Hakiem al-Amiin

Muhammad = Yang Terpuji

Hakiem = Yang Bijaksana

al-Amiin = Amanah

Sungguh bermakna namamu, seindah wajahmu kurnia Illahi buat Babah dan Umie. Puas menunggu pelbagai cabaran ditempuhi hanya untukmu. Saat Umie mu mula menunjukkan tanda2 awal hamil hanya Tuhan yg tahu betapa gembiranya hati Babah ketika itu. Walaupun Umie mu pernah keguguran suatu masa yang lalu namum kami berdua tekad akan menjaga mu sehabis baik. Bulan demi bulan macam2 kerenah Umie yg Babah turutkan dgn harapan anak Babah sihat. Umie dan babah tak henti2 berdoa semoga anak yg bakal lahir selamat dan sihat sejahtera. Babah ingat lagi balik saja dari kerja Babah akan terus bersembang dengan anak Babah, indah rasanya saat2 itu. Surah2 yg Wan suruh Babah baca Babah dah sampai boleh hafal.. Dengan harapan anak Babah jadi seperti yg diceritakan dlm surah2 itu.. Genap 9 bulan Umie mu mula berasa kurang selesa Babah pula tiada disisi Umie mu ketika itu kerana terpaksa berkerja. Hati Babah gusar memikirkan keadaan kedua dua permata hati babah. Alhamdulillah Babah boleh bercuti, gerak hati Babah tepat sesampainya Babah Umie mula berasa sakit sempat Babah bawa ke KPJ Ipoh berjumpa dgn Doktor yg Babah dan Umie pilih sendiri untuk menyambut kedatangan mu hawai anak ku. Bukan wang menjadi halangan hanya mengharapkan keselamatan kedua2 permata Babah. Tepat jam 1.30 p.m Jumaat 27hb May umie mu dibawa masuk kedalam dewan bersalin. Babah turut berada disisi Umie ketika itu. Hanya selawat keatas junjugan besar kita Nabi Muhammad sahaja yg Babah dapat ucapkan sepanjang Umie mu meronta kesakitan. Subhanallah sungguh besar pengorbanan perempuan yg bergelar ibu. Setelah hampir 45minit Umie mu bertarung untuk melahirkan mu wahai anakku.. Akhirnya lahirlah kamu didunia ini.. Sungguh indah mendengar suara mu buat kali pertama hanya titisan air mata Babah dan Umie dapat mengambarkan bertapa kami gembira ketika itu. Sujud syukur buat Illahi kerana memberi peluang buat Babah untuk memiliki Satu anugerah yg amat bernilai sepanjang hayat Babah ini. Sebak Hati Babah bila pertama kali Babah memegang mu buat pertama kali Babah lafazkan azan ditelinga mu dengan harapan kalimah Allah ini membuka pintu hati mu. Opah datang bwakan air zam-zam katanya bagus untuk anak Babah. Umie masih lemah namun masih berusaha tanpa memikirkan dirinya ketika itu cuba untuk menyusukan anak Babah.. Terasa diri Babah tak layak untuk berbuat apa2 ingat anak ku besar pengorbanan umie mu. Terdetik dihati Babah untuk menamakan mu Muhammad kerana waktu sepanjang proses Umie mu melahirkan mu Babah tak henti2 berselawat. Harap Umie setuju dengan pilihan Babah ini.. Umie pulak teringin menamakan mu Amiin.. Setelah selesai mencari semua nama yg sesuai Babah dan Umie sepakat menamakan mu Muhammad Hakiem al-Amiin. Muhammad Hakiem al-Amiin semoga kamu besar menjadi insan yg berguna pada Agama dan Umat sejagat.

1 comments:

Anonymous said...

brader oi... x best pn... ngeh3..

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates