Monday, January 25, 2010

Apa itu Dakwah?

Dakwah....

Umat islam dahulu bersusah payah berjuang bagi menyebarkan dakwah di jalan Allah. Namun sekarang di dalam dunia serba moden kita hanya perlu mengunakan teknologi yang telah berkembang pesat melalui media masa seperti menyiarkan di dalam siaran tv, radio dan mahupun internet atas maksud dakwah..

Namun paham kah anda apa itu dakwah? Maksud dakwah adalah tersangat ringkas iaitu mengajak manusia kepada Allah. Apa pun kaedah yang di gunakan untuk berdakwah harus di ingat bahawa untuk memasukkan isi2 mengenai pendekatan kepada Allah.

Niat hanya kerana ingin menyampaikan ajaran Allah melalui ilmu yang telah di pinjamkan oleh nya lalu di amalkan dengan menyampaikan kepada seluruh umat yang ingin dan sudi berkongsi ilmu agar ilmu di dada tidak terpendam semata-mata.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates