Sebagai umat islam kita seharusnya mengetahui dari manakah sumber kewangan yang kita perolehi. Adalah menjadi tanggungjawap utama bagi umat Islam yang sentiasa beriman dengan Allah.
Hadis menerangkan: (Nabi Muhammad SAW menegaskan)
Ertinya: "setiap daging yang tumbuh daripada harta kotor (haram) maka Neraka adalah lebih layak untuknya." (Riwayat At-Tabrani)
Kesimpulan dari hadis di atas kita dapat lihat bahawa wajib bagi umat Islam untuk mengetahui halal haram sumber pendaptan yang mereka perolehi. Umat Islam zaman sekarang tidak lagi mengambil endah mengenai halal dan haram tambahan pula mengenai sumber kewangan yang mereka perolehi.
Keuntungan dan keinginan untuk memperoleh kekayaan yang pantas di anggap satu jalan yang benar bagi mereka. Dalil2 dan Hadis di tolak ketepi tanpa ada rasa malu dengan Pemberi Rezeki padanya selama ini. Skim2 kewangan barat di gunakan tanpa rasa segan silu.
Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan:
Ertinya: " Akan sampai satu zaman di mana manusia tidak mengendahkan sumber perolehan hartanya sama ada dari yang halal ataupun yang haram" (Riwayat At-Tirmidzi)
Renung2kan lah dan cuba lah mengorak langkap mengenal mencari dari mana sumber kewangan yang kita perolehi selama ini. Agar yang umat Islam di Malaysia ini bebas dari kemurkaan Allah
Tuesday, January 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment