
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
"Dan tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)
Tajuk yang ana ingin kongsi hari ini adalah mengenai Tabbaruj bagi wanita untuk bersolek dan juga bergaya melainkan hanya dengan niat keatas si suami. Maksud Tabbaruj dari sudut pendapat ulama' terdahulu:
sebagai berikut:
Yujahid berkata: Perempuan ke luar dan berjalan di hadapan laki-laki.
Qatadah berkata: Perempuan yang cara berjalannya belengang lenggok dan menunjuk-nunjukkan.
Muqatil berkata: Yang dimaksud tabarruj, yaitu melepas tudung dari kepala dan tidak diikatnya, sehingga kalung dan lehernya nampak semuanya.
Jadi jelas di sini bahawa setiap tingkah laku dan setiap perbuatan wanita yang melampaui batas adalah tergolong dalam Tabbaruj. Ana rimas memikirkan kenapa wanita di zaman ini terlampau senang untuk menampakkan setiap inci aurat yang mereka miliki..Ana masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi di Malaysia dan berasa kurang senang untuk memandang kesana kemari bimbang akan ternampak seseorang yang menampakkan aurat nya dengan sengaja.. Perlu kah Ana tunduk sentiasa ketika berjalan? MasyaAllah...hitam hatiku...huhu.
Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.
Tapi sudah menjadi kebiasaan wanita sekarang mengenakan make-up secara berlebihan bagi menarik minat si lelaki untuk mendekatinya.. Ingat wahai kaum hawa memang kaum mu di jadikan sebagai perhiasan dunia dan pelengkap bagi setiap kaum adam. Tetapi bukan lah untuk secara berlebihan sehinggakan kaum mu melupakan erti sebenar kamu di ciptakan. Tidak salah jika mahu berhias tetapi jgn lah smpai dirimu diheret ke neraka jahanam SubhanaAllah....
Sesungguhnya kaum yang makin ramai menghuni neraka jahanam adalah kaum hawa...



