Assalamualaikum....
Oleh kerana 'ana terima komen dari salah seorang blog ini yg menyatakan 'ana terlampau skema dalam penulisan 'ana maka mulai sekarang 'ana cuba santaikan sedikit penyampaian dakwah 'ana.
Jadi sambungan mengenai sumber2 perundangan Islam yg telah 'ana ceritakan semalam. Maka hari ini 'ana rasa nak cerita dengan lebih lanjut lagi mengenai sumber2 perundangan Islam moga2 kita sama2 muhasabah diri dan memahami dari mana sumber2 Perundangan Islam ini dirujuk.
Sumber utama:
1. Al- Quran
- Akar maksudnya ialah Qara'a ( to read/untuk dibaca)
- Secara harafiahnya membawa maksud bacaan @ hafalan
- selain daripada itu juga Quraan boleh membawa maksud sebagai "the book containing the speech of God revealed to the Prophet Muhammad SAW
- Quraan diturunkan secara berperingkat2 kepada Rasul terakhir kita iaitu Nabi Muhammad SAW
- Quran telah diturunkan dengan ayat yg pertama iaitu Surah al-Alaq (96:I) bermula dengan perkataan yg bermaksud: "baca lah dengan nama Allah" dan berakhir dengan ayat dalam Surah al-Ma'idah (5:3).
- Quraan mengandungi beberapa jenis ayat didalamnya contohnya ayat yg mengandungi unsur arahan iaitu Solat, ayat yg menerangkan undang2 contohnya hukum meminum arak, perang dan perkahwinan.
2. Sunnah
- Secara harafiahnya bermaksud jalan yang lurus dan pentunjuk jalan.
- Dalam zaman Pre-Islamic Arabia mengunakan perkataan Sunnah sebagai suatu perkara yg menjadi ikutan dan panduan dari org dahulu
- Ramai umat Islam di Malaysia tak berapa paham apa itu Sunnah 'ana pun musykil dengan pandangan umat Islam di malaysia ini.
- Apa yg mereka paham Sunnah Nabi ini adalah seperti "kahwin" bila masuk bab kawin masing2 berebut nak ikut sunnah Nabi dengan meletakkan harapan untuk berpoligami....MasyaAllah itu bukan lah sebenarnya Sunnah...
- Sunnah yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW dalam bentuk yang terbahagi kepada 3 iaitu melalui:
1. Percakapan...
2. Perbuatan....
3. Secara berdiam oleh tindak tanduk sahabat2 baginda...
Sumber Kedua:
1. Ijma'
- Secara literalnya Ijma ini membawa maksud dua pendapat
- secara teknikalnya pula membawa maksud iaitu pendapat daripada golongan ulamak daripada umat Muhammad SAW selepas kewafatan baginda, dengan alasan untuk mengeluarkan hukum shar'i.
- melalui pembacaan ana terdapat beberapa syarat bagi mengeluarkan Ijma' itu sendiri antaranya:
1. persetujuan yang terjadi mesti dikalangan Mujtahid iaitu yang mempunyai status Ijtihad.
2. persetujuan itu mestilah mendapat persetujuan semua pihak.
3. semua yang terlibat mestilah di kalangan ummat Muhammad SAW.
4. semua aktiviti Ijma mestilah berlaku selepas kematian Nabi SAW
2. Qiyas (analogy)
- Qiyas ini pula membawa maksud berdasarkan kepada kes2 yang terdahulu yang digunakan sebagai sebab ('Illah)
- Qiyas juga dilakukan di kalangan para Ijtihad
- Ada sahabat ana bertanya akan Qiyas iaitu mengenai contoh2 Qiyas yang berlaku iaitu:
* Pengharaman Khamr (wine dripada Anggur)
- apa yang ada di dalam Al-Quran ialah pengharaman arak daripada anggur tetapi sekarang makin banyak bahan2 mentah yang di gunakan untuk menhasilkan arak maka timbullah di sini satu issues adakah arak jenis lain di benarkan di dalam Islam...?
Maka Qiyas digunakan sebagai reasoning untuk mengharamkan semua jenis benda yang memudaratkan dan melalaikan..mudah sahaja di sini arak walau apa pun sumbernya ia tetap memudaratkan maka ianya haram...
Setakat ini dahulu coretan ana Assalamualaikum....
Saturday, February 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment