Friday, February 26, 2010

Tabbaruj (berhias diri mengikut Islam)




وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الجَاهِلِيَّةِ الأُولَى

"Dan tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

Tajuk yang ana ingin kongsi hari ini adalah mengenai Tabbaruj bagi wanita untuk bersolek dan juga bergaya melainkan hanya dengan niat keatas si suami. Maksud Tabbaruj dari sudut pendapat ulama' terdahulu:

sebagai berikut:

Yujahid berkata: Perempuan ke luar dan berjalan di hadapan laki-laki.
Qatadah berkata: Perempuan yang cara berjalannya belengang lenggok dan menunjuk-nunjukkan.
Muqatil berkata: Yang dimaksud tabarruj, yaitu melepas tudung dari kepala dan tidak diikatnya, sehingga kalung dan lehernya nampak semuanya.

Jadi jelas di sini bahawa setiap tingkah laku dan setiap perbuatan wanita yang melampaui batas adalah tergolong dalam Tabbaruj. Ana rimas memikirkan kenapa wanita di zaman ini terlampau senang untuk menampakkan setiap inci aurat yang mereka miliki..Ana masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi di Malaysia dan berasa kurang senang untuk memandang kesana kemari bimbang akan ternampak seseorang yang menampakkan aurat nya dengan sengaja.. Perlu kah Ana tunduk sentiasa ketika berjalan? MasyaAllah...hitam hatiku...huhu.

Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Tapi sudah menjadi kebiasaan wanita sekarang mengenakan make-up secara berlebihan bagi menarik minat si lelaki untuk mendekatinya.. Ingat wahai kaum hawa memang kaum mu di jadikan sebagai perhiasan dunia dan pelengkap bagi setiap kaum adam. Tetapi bukan lah untuk secara berlebihan sehinggakan kaum mu melupakan erti sebenar kamu di ciptakan. Tidak salah jika mahu berhias tetapi jgn lah smpai dirimu diheret ke neraka jahanam SubhanaAllah....

Sesungguhnya kaum yang makin ramai menghuni neraka jahanam adalah kaum hawa...

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum......
maksud nya disini konsep kesederhanaan di praktik kan.. tp kalau hobi sye nk make up nk buat cam ner.. tp bkn nk tarik perhatian sesiapapun..

iSbaNker said...

waalaikumussalam..w.b.t

Konsep dalam Islam senang jer...kita kena paham bagi seorng wanita tidak lah dibenarkn berhias2 sekiranya mereka belum berkahwin.. Berhias kepada suami adalah di boleh kan..

Wahai saudariku muslimah, berhias merupakan hal yang fitrah bagi wanita.

Disebutkan dalam sebuah hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwasanya dia berkata, “Lima hal yang termasuk fitrah : memotong kuku, mencukur kumis, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, dan khitan.” (Muttafaqun ‘Alaih)

Meskipun berhias merupakan hal yang fitrah bagi wanita, namun bukan dalam Syari’at Islam selalu membenarkan apa yang dilakukan wanita dlm berhias, tetapi syari’at Islam juga mengatur wanita muslimah dalam berhias agar terhindar, terjauh, serta terjaga dr tabarruj dan perbuatan zina.

Kembali kepada persoalan saudari iaitu hobi nak make - up... Apa2 pun terpulang kepada niat sesorg itu namun melalui kajian dan dari hasil bacaan ana.. Ana elok lah jauhi perbuatan tabarruj..kerana tahulah lelaki sekarang pantang melihat wanita bercantik2 jadi secara tidak lngsung telah menarik perhatian kaum lelaki untuk memandang anda...

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates