Thursday, February 25, 2010

Z.U.H.U.D

Apa yang anda faham mengenai kalimah Zuhud...?

Zuhud

1. Ertinya meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya.

2. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain Allah S.W.T.

3. Dunia ialah tiap-tiap perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan ianya sebagai tempat bercucuk-tanam ( berbuat kebaikan dan amalan soleh ) untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.

4. Setiap manusia berkehendak kepada beberapa perkara bagi meneruskan hidup yang mana manusia berkehendak kepada makanan , pakaian , tempat tinggal dan lain-lain lagi.

5. Oleh yang demikian, sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu ia untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
( zuhud orang awam ).

( Dipetik daripada - Hidup Bertaqwa Oleh Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Kamus
M / S 274 - 276 )

Hari ini ana ingin berkongsi mengenai kalimah Zuhud.. Ana sedih apabila ramai umat Islam yang salah anggap mengenai konsep zuhud didalam Islam dan ada yang mempersendakan kalimah zuhud dengan menuduh Islam melarang umatnya mencari kekayaan dan beroleh harta...
Memang lah zuhud adalah satu sifat yang bagus dan mulia tetapi apa yang merungsing kan ana ada yang sanggup meninggalkan kehidupan dunia dan hidup dalam kemiskinan semata-mata ingin mengaplikasikan zuhud di dalam dirinya...
Adakah Umat Islam perlu menyendiri dan hanya hidup secara bersederhana dengan membiarkan dunia ini di kuasai oleh golongan kafir? Adakah umat islam tidak boleh berniaga..? Tidak boleh memiliki kilang2? tidak boleh berdagang?

Zuhud bukan lah dengan:

1. berpakaian lusuh
2. berkereta usang
3. berumahkan rumah yang menanti rebah
4. membiarkan diri didalam kemiskinan

(بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿١٧
Nay (behold), ye prefer the life of this world; (16) But the Hereafter is better and more enduring. (17) surrah Al-A'la 16-17

Ana suka untuk memetik ayat dari surrah Al-A'la 16- 17 iaitu Allah SWT telah menyifatkan umat islam ini bukan lah semata2 mementingkan dunia sedangkan akhirat itu adalah lebih baik dan kekal selamanya. Maka disini membawa maksud zuhud itu secara tidak langsung iaitu bukan lah kita harus meninggalkan sepenuhnya kehidupan dunia tetapi mestilah mementingkan pengakhiran kehidupan kita di dunia ini...
Ana suka ingat kan seperti yang di firman kan didalam surrah di atas yang membawa maksud akhirat "Lebih baik" dan disini dapat di lihat bahawa kehidupan di dunia juga adalah sesuatu yang baik....maka di sini tidak lah salah jika kita berharta tetapi harus di ingat bahawa kita mestilah menunaikan semua kewajiban kita di dunia ini dan memastikan kehidupan akhirat yang kekal itu tidak akan disia2kan...
Sekiranya umat Islam hidup didalam kemiskinan maka makin senang lah pihak Kafir memperdayakan kita...Siapa yang ingin membela nasib umat Islam? Tak salah bagi kita mengejar kekayaan tetapi harus di ingta tunaikan lah kewajiban kita sebagai umat Islam dengan membyar zakat supaya Umat Islam dapat Hidup secara selesa dan aman damai.... biar hati kita yang zuhud bukan lah secara fizikal semata2 tak guna kita menipu diri dan menyusahkan ummat Islam sendiri....dengan membekukan harta kepunyaan kita... SubhanaAllah......

1 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.......
syabas sy ucap kan.. d atas penulisan tersebut.. winners never quit.. quitters never win.

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates